‘He is good’, Kim Pan-gon tak bimbang faktor fizikal bintang Harimau Malaya – Sukan


KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyifatkan pemain sayap lincah skuad kebangsaan, Faisal Halim sebagai pemain yang cukup bagus.

Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, di sebalik fizikalnya yang kecil dan rendah, Faisal masih mampu menunjukkan prestasi cemerlang ketika menentang lawan.

Menerusi dua penampilan bersama skuad Harimau Malaya untuk perlawanan kedua Kumpulan B Piala Persekutuan Bola Sepak Asean 2022 (Piala AFF) setakat ini, pemain berusia 24 tahun sudah mencetak tiga gol dalam kempen antarabangsa berkenaan.

“He is good (Dia bagus)… tapi ia (fizikal rendah) bukan suatu kebimbangan kepada pasukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pada aksi itu, Harimau Malaya menepati ramalan ramai dengan mencatatkan kemenangan 5-0 ketika menentang Laos.

Sergio Aguero membuka tirai jaringan buat Harimau Malaya pada minit ke-29, diikuti dua gol dari Faisal (minit ke-65 dan 65).

Faisal menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang Laos di SNBJ. — Facebook/FAM

Selepas mendahului tiga gol, Malaysia terus menambah jaringan apabila berjaya memperoleh gol keempat pada minit ke-78 menerusi penyerang muda, Hakimi Azim Rosli.

Jaringan kelima berjaya disudahkan oleh tonggak Sabah FC, Stuart Wilkin pada minit ke-87.

Mengulas mengenai perlawanan babak pertama, Pan-gon mengakui anak-anak buahnya berhadapan dengan keadaan sukar kerana Laos bermain dengan baik dan tidak memberikan banyak ruang untuk menjaringkan gol.

“Saya gembira pemain berikan reaksi yang bagus (separuh masa kedua) dan mereka tunjukkannya tetapi saya rasa kita sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol.

“Kita aim untuk skor lebih daripada enam gol, tapi pemain dah cuba sehabis baik. Kalau ikutkan kita boleh skor lapan atau sembilan jaringan tapi penjaga gol lawan melakukan tugasnya dengan baik,” katanya.

Pan-gon berasa bangga dengan persembahan yang ditonjolkan anak buahnya. — Facebook/FAM

Berhubung perlawanan menentang Vietnam pada 27 Disember depan, Pan-gon mahu anak-anak buahnya memberikan aksi terbaik ketika menentang juara dua kali Piala AFF itu.

Sementara itu, kapten pasukan, Brendan Gan berkata, dia yakin ketika diberi tanggungjawab menggalas tugas untuk bermain di posisi pertahanan.

“Pasukan kejurulatihan menilai kesemua pemain, mereka tahu kekuatan dan kelemahan kami, jadi jika jurulatih mahukan kami bermain di posisi tertentu, kami perlu yakin untuk melakukannya,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Coach’ Nafuzi buat salah juga tapi saya saja kena — Faisal Halim – Sukan

Next Post

Tengok riak muka Pan-gon memang betul-betul nak cabar saya, bongkar Faisal Halim – Sukan

Related Posts