Hatrik Ronaldo pastikan kemenangan United ke atas Norwich City

JARINGAN hatrik ke-50 Cristiano Ronaldo dalam kariernya di kelab membolehkan Manchester United menang 3-2 ke atas Norwich City di Old Trafford pada Sabtu.

Kemenangan itu sekaligus hampir mengekalkan harapan United untuk berada di empat teratas liga.

Terdahulu pada Jumaat, penyokong United mengadakan bantahan terhadap pemilik kelab dan ia berterusan sebelum pertembungan dengan Norwich pada Sabtu, ketika beribu-ribu penyokong berarak di luar padang.

Ronaldo menjaringkan gol pertamanya pada minit ketujuh, sebelum menyumbat gol keduanya pada minit ke-32 untuk United lebih selesa.

Bagaimanapun, jaringan Kieran Dowell pada masa kecederaan sebelum rehat dan penyerang Finland, Teemu Pukki menyamakan kedudukan pada babak kedua, mengejutkan penyokong di Old Trafford.

Ronaldo kemudian melengkapkan hatrik pada minit ke-76 sekaligus kembali menjadi wira United apabila dia memastikan kemenangan menerusi sepakan percuma. – ESPN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Game sakan menjelang raya? Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem bertarung dalam Mobile Legends

Next Post

Peninju remaja, Ali Tazeem maut dalam kemalangan tragis

Related Posts