Hasrat Tok Gajah ke semi final Piala Malaysia terkubur, Izham sekali lagi jadi mangsa – Sukan


AKSI timbal balik di Stadium Darul Makmur, Pahang pada Ahad menyaksikan pasukan pelawat, Kuala Lumpur (KL) City FC mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Malaysia setelah menewaskan Sri Pahang FC dengan agregat 2-1.

Menang 1-0 dalam perlawanan suku akhir kedua di gelanggang lawan itu, skuad The City Boys berjaya membuka tirai jaringan pada babak pertama menerusi gol Romel Morales.

Tandukan Romel Morales menghadiahkan jaringan buat skuad KL City FC pada minit ke-29 menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Izham Tarmizi.

Sebahagian perlawanan antara pemain Tok Gajah berdepan KL City FC. — Facebook/SriPahangfc

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan dilihat melakukan serangan demi serangan namun gagal mencetak sebarang jaringan sehinggalah pada minit-minit akhir, skuad Tok Gajah berjaya memperolehi sepakan penalti.

Stefano Brundo menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90+5 perlawanan namun gagal mengesahkan slot ke separuh akhir.

Kedudukan 1-1 itu menyaksikan skuad kendalian Nenad Bacina berada di hadapan dengan agregat 2-1 setelah memenangi perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Cheras pada 17 September lalu.

Rata-rata penyokong Tok Gajah tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh Izham Tarmizi yang dianggap sering melakukan kesilapan mudah dalam perlawanan tersebut.

“Keeper buat hal banyak kali, hantar balik saja lah kalau kalah macam ni,” kata Fai-Zrul Ibrahim.

“Alahai keeper Pahang ni, boleh pula dia tengok saja bola itu, pakai lah tangan bukan pakai mata,” kata Hafizan Pahang.

“Gila betul Izham ni, mistake memanjang game ni, mahu dua gol KL City boleh dapat lagi sebab simple mistake dari dia,” kata M Amirul Azlan.

Selepas ini, skuad The City Boys perlu menantikan lawan di peringkat separuh akhir dengan Selangor FC dan Terengganu FC masih memiliki peluang untuk memastikan kemaraan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rashford terlibat kemalangan, kereta Rolls Royce remuk teruk – Sukan

Next Post

[VIDEO] Pernah malukan JDT di ACL, ada baik buruknya jika bintang Liga Jepun ke Selangor musim depan – Sukan

Related Posts