Harvey Elliott terharu dengan sokongan dan kasih sayang penyokong Liverpool

PEMAIN tengah pasukan Liverpool, Harvey Elliott mengatakan bahawa dia terharu dengan kasih sayang dan sokongan yang diterimanya sejak kecederaan pada pergelangan kakinya selepas perlawanan kemenangan 3-0 menentang Leeds pada Ahad.

Elliott mengalami kecederaan yang mengerikan setelah mendapat cabaran oleh pemain pertahanan Leeds, Pascal Struijk.

Pemain bola sepak berusia 18 tahun itu mendapat rawatan yang lama di padang Elland Road sebelum dibawa keluar dan menyebabkan pemain dari kedua belah pasukan kelihatan bingung.

Elliott kemudian dikeluarkan dari sebuah hospital di Leeds, namun tahap kecederaannya itu belum dipastikan dan akan menjalani pembedahan.

“Sudah tentu saya kecewa dengan apa yang berlaku semalam di Leeds, tetapi saya benar-benar terharu dengan kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan kepada saya oleh seluruh dunia bola sepak berikutan kecederaan itu,” tulis Elliott di Instagramnya pada Isnin.

“Terima kasih banyak kepada semua orang yang telah menghubungi atau menghantar mesej kepada saya dan keluarga, ini sangat bermakna bagi kami.”

“Juga berterima kasih kepada semua orang di Elland Road atas penerimaan yang anda berikan kepada saya sebaik sahaja ia berlaku,” tulis Elliott di Instagram pada Isnin. -NDTV

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Cemerlang dalam e-Sukan dan akademik, ini resipi kejayaan Ahmad Akmal

Next Post

Miliki 13 kereta termasuk Ferrari bernilai RM143 juta, Messi ungguli senarai atlet punyai koleksi kereta termahal

Related Posts