Harimau Malaya hadir majlis santapan malam bersama TMJ – Sukan


TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menjemput pasukan Harimau Malaya ke majlis santapan malam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor pada Selasa.

Perkongsian itu dibuat di Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa.

“Menjunjung kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas perkenan baginda menjemput barisan pemain, staf kejurulatihan dan pegawai skuad Harimau Malaya ke majlis santapan malam,” kata kenyataan itu.

Gambar-gambar itu turut dikongsikan di laman Facebook rasmi kelab Johor Darul Takzim, Johor Southern Tigers.

Ketika ini, Kim Pan-gon giat memantau sesi latihan pusat bersama 27 pemain negara di Padang Sri Gelam, Johor Bahru.

Turut kelihatan tonggak pertahanan negara yang beraksi untuk kelab Liga Thailand, Buriram United, Dion Cools yang baru tiba pada Selasa untuk menyertai rakan sepasukan di Harimau Malaya.

Malaysia akan bertemu Turkmenistan dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Khamis diikuti menentang Hong Kong, 28 Mac ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bakal ikut jejak Adisak, 3 kelab utara berebut sambar khidmat penyerang Bangkok United – Sukan

Next Post

Skuad ‘ultimate’ HM ada 3 senjata baham lawan aksi persahabatan di SSI – Sukan

Related Posts