Hanya tampil 1 perlawanan liga, pemain muda Indonesia berpeluang beraksi di J-League – Sukan


PEMAIN muda Indonesia, Pratama Arhan bakal mengikuti jejak langkah pemain senior Irfan Bachdim dan Stefano Lilipaly beraksi di pentas tertinggi Liga Jepun iaitu J1 League pada musim depan.

Ia selepas pasukan yang diwakilinya, Tokyo Verdy berjaya meraih keputusan seri ketika bertemu Shimuzu Pulse pada aksi ‘play-off’ J2 League sudah cukup untuk memastikan mereka layak ke J1 League musim depan.

Selepas 15 tahun penantian, Tokyo Verdy berjaya kembali beraksi di pentas tertinggi Liga Jepun, namun begitu Pratama Arhan tidak dapat diturunkan untuk sekurang-kurangnya terpahat nama dalam sejarah pasukannya itu.

Kali terakhir Tokyo Verdy beraksi di J1 League adalah pada 2008 sejak tahun berikutnya mereka hanya beraksi di J2 League.

Tokyo Verdy menamatkan penantian selama 15 tahun untuk beraksi di J1 League. — Agensi

Peluang itu cukup berharga buat pemain berusia 21 tahun untuk beraksi di liga yang lebih kompetetif dan mencabar.

Namun ada khabar angin mengatakan Pratama Arhan akan beraksi di Liga Korea bersama Suwon FC musim depan yang kini berada di zon penyingkiran ke divisyen kedua negara itu.

Jika benar pemain pertahanan Indonesia itu ke Korea, dia akan mengikuti jejak langkah Asnawi Mangkualam yang kini bersama Jeonnam Dragons.

Perpindahan Pratama Arhan juga disebabkan ingin mendapatkan lebih minit permainan selepas dia hanya beraksi satu perlawanan liga buat Tokyo Verdy musim ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selesai hantar dokumen gaji tertunggak, Zamsaham pernah nak ‘sponsor’ FAM beli VAR – Sukan

Next Post

Sah ke Asia buat fans JDT bakal kempunan lihat Faisal sertai Harimau Selatan – Sukan

Related Posts