Hanya sekali lafaz, pemain sayap Terengganu sah bergelar suami – Sukan


PENYERANG sayap Terengganu FC, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim sah bergelar suami dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Kampung Nyior, Paka di Terengganu pada Jumaat.

Berita gembira itu dikongsikan sahabat akrabnya yang pasti cukup gembira dengan ikatan sah antara pemain berusia 25 tahun tersebut dengan pilihan hatinya.

“Alhamdulillah. Tepat jam 9.21malam bertempat dalam Masjid Kg Nyor dengan sekali lafaz Nik Sharif 88 sah menjadi suami orang,” kata Mohd Zarifie Jusoh.

“Nik Sharif dengan sekali lafaz sah bertukar status selepas selesai majlis akad nikah di Masjid Kampung Nyior, Paka. Tahniah diucapkan kepada Nik dan pasangannya,” kata seorang penyokong menerusi akaun Facebook Bola Sepak Terengganu.

Berdasarkan beberapa perkongsian, wanita berkenaan hanya dikenali sebagai Fatihah. Bagaimanapun tiada informasi lanjut diperolehi mengenai pasangan kepada pemain itu.

Ketika awal jendela perpindahan lalu, pemain bertubuh kecil itu sah mengikat kontrak secara tetap bersama skuad Sang Penyu selepas menyertai mereka secara pinjaman pada 2022.

Bagaimanapun, setakat ini, Nik Sharif masih tidak dapat mengukuhkan tempatnya dalam skuad dengan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner masih mencari kesebelasan utama terbaik.

Penyerang kelahiran Kuantan, Pahang itu bagaimanapun diberi peluang ketika berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC, tetapi dibawa keluar pada minit ke-53. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Prestasi pasukan dalam bahaya, 3 jurulatih berpotensi ‘berehat’ lebih awal – Sukan

Next Post

Tonggak HM puas raih gol sulung aksi musim 2023 bersama Sri Pahang – Sukan

Related Posts