Hanya dengan panggilan telefon 20 saat, Sir Alex Ferguson yakinkan Ronaldo kembali ke pangkuan United

SIR Alex Ferguson memusnahkan harapan Manchester City untuk ‘menyambar’ Cristiano Ronaldo hanya dengan panggilan telefon selama 20 saat kepada bintang Portugal itu.

Dalam panggilan telefon ringkas yang dibuat Fergie kepada Ronaldo, bekas bos United itu mengarahkannya untuk tidak berhijrah ke City dalam apa jua keadaan sekali pun.

Fergie dalam perbualannya bersama Ronaldo memintanya ‘jangan sertai City’ sebelum mengakhiri panggilan telefon – dan mesej tersebut segera difahami Ronaldo betapa terdesak dan berazamnya United untuk menariknya kembali ke Old Trafford.

Hanya beberapa hari kemudian, Ronaldo melengkapkan perpindahannya ke United selepas bersetuju dengan perjanjian selama dua tahun, menjadikannya bintang dengan bayaran tertinggi dalam sejarah Liga Perdana.

Ronaldo akan menentang City pada Sabtu (6 November), apabila anak buah Pep Guardiola bertandang ke Old Trafford.

Pertembungan dua musuh tradisi itu semestinya paling ditunggu-tunggu peminat Liga Perdana. – Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ronaldo beri impak sama seperti Michael Jordon

Next Post

Hasil siasatan dalaman, Ziyad dibuktikan lewat tiba di bilik menunggu

Related Posts