Hampir raih gangsa… Dhabitah di tempat ke-4, hanya beza 17.6 mata

PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri terlepas pingat gangsa apabila menduduki tangga keempat acara 3 meter papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Dhabitah, 22, memperoleh 326.15 mata, hanya dibezakan 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa yang dimenangi penerjun Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pingat emas dimenangi penerjun China, Shi Tingmao manakala rakan senegaranya, Wang Han meraih perak dengan masing-masing mengumpul 383.50 dan 348.75 mata.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan kedua Nur Dhabitah dalam Sukan Olimpik, selepas menyertai Olimpik Rio pada 2016 ketika berumur 17 tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts