Hamilton ‘unfollow’ semua di Instagram selepas gagal juara F1

BINTANG F1, Lewis Hamilton secara mendadak ‘unfollow’ semua orang di laman Instagram susulan gelaran 2021 dimenangi oleh Max Verstappen.

Pelumba Mercedes itu dinafikan kejuaraan kelima berturut-turut apabila Verstappen memintasnya pada pusingan terakhir perlumbaan penentuan di Abu Dhabi.

Campur tangan daripada kereta keselamatan itu membolehkan pemandu Belanda melakukan pit dan apabila perlumbaan disambung Hamilton, tayarnya yang haus tidak berdaya untuk menghalang saingan kejuaraannya daripada memintasnya.

Verstappen dibenarkan berada di belakang Hamilton apabila memasuki pusingan ke-58 dan terakhir Grand Prix dan segera memintas pelumba Britain itu di selekoh.

Hamilton masih menyepikan diri di media sosial selepas perlumbaan tetapi mengucapkan tahniah kepada Verstappen yang berjaya melintas bendera penamat.

Mempunyai 26.3 juta pengikut di laman Instagram, Hamilton memutuskan untuk ‘unfollow’ semua dalam ruangan ‘folllowing’ yang kini menunjukkan angka 0. – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts