Hamidin beri jaminan sampaikan segera keperluan atlet RTG Olimpik 2024 kepada Hannah – Sukan


KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin memberi jaminan segala keperluan atlet “Road To Gold” (RTG) yang telah disampaikan kepadanya akan segera dibawa untuk pertimbangan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Hamidin berkata, perkara itu akan terus dibawa untuk perhatian Hannah yang juga merupakan pengerusi bersama Jawatankuasa RTG meskipun ia masih belum sempat dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa program berkenaan.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata, langkah terbabit adalah demi memastikan atlet-atlet yang berada dalam Program RTG membuat persediaan terbaik menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 itu.

“(Keperluan yang diminta atlet) memang dah ada, Datuk Nicol Ann David dah sediakan laporan untuk kita bawa ke Mesyuarat RTG seterusnya, kalau mesyuarat lambat lagi kita akan mesyuarat dengan Hannah secepat mungkin.

“Kita tak perlu tunggu mesyuarat (RTG) kita secara dalam talian saja dengan Menteri Hannah untuk maklum apa yang perlu dibuat kerana RTG telah diumum satu dua bulan dulu, dan kita nak cepat,” katanya kepada pemberita di Velodrom Nasional Malaysia, di Nilai, Negeri Sembilan pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke sesi latihan skuad berbasikal trek negara yang giat membuat persediaan untuk membuat penampilan di Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023.

Terdahulu, pada lawatan itu Hamidin turut sempat mengadakan perbincangan bersama jurulatih berbasikal trek John Beasley dan dua atlet sandaran ke temasya berprestij terbabit iaitu Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Dalam pada itu, Hamidin turut berkongsi, beliau telah mengumpul segala data mengenai keperluan semua atlet dan terdapat beberapa keperluan yang telah diselesaikan tanpa melalui jawatankuasa RTG.

“Sebenarnya, saya sudah dapatkan semua maklumat daripada pemain dan jurulatih dan kita pun sudah ada hitam putih. Ada sesetengah keperluan yang kita sudah selesaikan tanpa melalui mesyuarat (jawatankuasa RTG),” katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Tamatkan kemarau 66 tahun, anak jati bantu kelab kampung halaman raih kejuaraan liga – Sukan

Next Post

Andai Selangor lambat ikat kontrak, Sabah dan Kedah boleh sambar bek kental Thailand – Sukan

Related Posts