Hal peribadi, cedera antara sebab 11 pemain JDT tidak tersenarai ke kem latihan Harimau Malaya Piala AFF – Sukan


NAMA-NAMA pemain utama Harimau Malaya pada kali ini tidak tersenarai kem latihan pusat Harimau Malaya bermula 29 November ini menjelang kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang akan bermula pada Disember nanti.

Seramai 11 pemain Johor Darul Takzim (JDT) termasuk Arif Aiman Mohd Hanapi, Corbin-Ong, Shahrul Saad, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Matthew Davies, Muhammad Syafiq Ahmad dan seorang pemain Sri Pahang, Azam Azih yang dipanggil pada awalnya tidak dapat menyertai kem latihan Piala AFF.

11 pemain utama JDT tidak dapat menyertai kem latihan Harimau Malaya kali ini.

Selepas perbincangan dan persetujuan bersama yang telah dicapai di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali skuad kebangdaan Kim Pan-gon dan kelab-kelab terlibat, 12 pemain tersebut tidak dapat menyertai kem latihan tersebut atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga atau masalah kecederaan.

Bagaimanapun, kali ini penyokong akan menyaksikan pemain naturalisasi Sri Pahang, Sergio Aguero dan Lee Tuck menyarung jersi Harimau Malaya buat pertama kali selepas berstatus warganegara Malaysia.

Pemain warisan yang berpangkalan di Eropah, Dion Cools turut dipanggil manakala hanya dua pemain JDT disenaraikan iaitu Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah.

Senarai penuh 29 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan Harimau Malaya.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Kemboja pada 9 Disember 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum menentang Maldives bagi aksi kedua pada 14 Disember 2022 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Seterusnya, Pan-gon akan menamakan senarai akhir 23 pemain ke Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang mana bagi kempen Kumpulan B, Malaysia akan bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember 2022, Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember 2022, Vietnam di Hanoi pada 27 Disember 2022 dan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari 2023.

Jika Malaysia berjaya muncul dua pasukan teratas Kumpulan B, saingan separuh akhir akan berlangsung pada 6/7 Januari 2023 dan 9/10 Januari 2023 manakala Final pula dijadual pada 13 dan 16 Januari 2023, semuanya secara timbal balik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selepas tinggalkan Kelantan, Nixon kongsi destinasi baharu kariernya – Sukan

Related Posts