Habib Haroon pilih TFC, tolak kelab ternama luar negara – Sukan


TONGGAK tengah import Terengganu FC (TFC), Habib Haroon kekal bersama skuad Penyu itu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan cabaran Piala Konfederasi (AFC) musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh berkata, pemain kelahiran Bahrain berusia 22 tahun itu memutuskan untuk melanjutkan kontrak bersama TFC walaupun menerima beberapa tawaran daripada kelab ternama luar negara.

Menurutnya, khidmat Habib sememangnya ditagih untuk menghadapi lebih banyak jumlah perlawanan dalam tempoh semusim susulan format baharu Liga Super yang diperkenalkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tahun depan.

“Habib juga adalah pemain utama yang ingin dikekalkan pengendali baharu TFC, Tomislav Steinbruckner bagi membentuk skuad di bawah kendaliannya musim depan.

“Justeru, pihak pengurusan TFCSB tidak teragak-agak menawarkan lanjutan kontrak setahun kepada beliau yang telah mempamer aksi cemerlang sepanjang musim ini bersama Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Habib adalah satu-satunya pemain import yang kekal bersama TFC untuk musim depan.

Empat lagi tonggak import iaitu Kpah Sherman, Manuel Ott, Kipre Tchetche telah ‘angkat kaki’ tetapi dikhabarkan masih berada dalam radar Liga M musim depan.

Sementara itu, Habib berkata, beliau memilih untuk setia bersama skuad Hitam Putih kerana sangat selesa berada di Terengganu.

Selain itu, peminat yang sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah bahagi ketika tewas atau menang membuatkan beliau berazam memberikan keputusan yang lebih baik untuk skuad Penyu pada masa depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Sasar atlet negara ke Sukan Olimpik, tak perlu saingi menteri terdahulu’, antara pesan pakar kepada Hannah Yeoh – Sukan

Next Post

Isteri restu, Pawi akhirnya dedah punca berkelana ke Ratchaburi – Sukan

Related Posts