Gol terakhir bersama JDT? Syafiq Ahmad ada 2 sebab perlu terus mengaum di Harimau Selatan – Sukan


SYAFIQ Ahmad menamatkan kemarau gol di Johor Darul Takzim (JDT) musim ini selepas melengkapkan jaringan 5-0 Harimau Selatan dalam saingan Piala FA menentang Penang FC pada Ahad.

Tahu-tahu gol pada minit ke-93 di Stadium Sultan Ibrahim tersebut dikatakan jaringan terakhir Syafiq untuk JDT selepas timbul khabar angin mengaitkan dia dengan kelab Liga Super lain.

Namun pada masa sama, ada penyokong yang menidakkan khabar angin tersebut kerana Syafiq masih ada kontrak dengan Harimau Selatan.

Syafiq meraikan gol pertama musim ini ketika saingan Piala FA menentang Penang FC. — Facebook/ JDT

Walaupun jendela perpindahan kedua dibuka pada Julai nanti, ada yang berasakan lebih baik penyerang kebangsaan itu kekal di kelab JDT bagi mengharungi baki saingan liga daripada berhijrah ke kelab Liga Super lain sebagai pemain pinjaman.

Syafiq antara lain dirasakan perlu kekal di Harimau Selatan kerana walaupun bermula dari bangku simpanan dalam tiga perlawanan termasuk dua di Liga Super, dia masih memiliki ketajaman sebagai penyerang berbisa.

Hal itu dirasakan kerana sistem latihan di JDT yang berintensiti tinggi membolehkan Syafiq berada dalam form dan tahap kecergasan terbaik setiap kali diturunkan.

Dengan skil yang masih berbisa ditambah dengan semangatnya yang sentiasa membara, akhirnya peledak kelahiran Pulau Pinang itu berhasil menjaringkan gol yang cukup cantik apabila tampanan bola daripada first touch terus disumbat deras ke gawang lawan.

Bukan sekadar Syafiq, malah Akhyar Rashid juga pernah membuktikan dia masih memiliki ketajaman di pintu gawang selepas berjaya meledak dua gol bersama skuad kebangsaan ketika perlawanan persahabatan menentang Hong Kong dan Turkmenistan pada Mac lalu.

Ia jelas didorong oleh latihan berintensiti tinggi di JDT yang menerapkan falsafah kelab berprestasi tinggi di mana ‘survival of the fittest’ (keperluan untuk menjadi yang paling cergas) adalah mustahak bagi pemain-pemain di bawah bimbingan Estaban Solari.

Selain mendapat latihan yang baik, Syafiq juga perlu kekal di JDT kerana dia berpeluang beraksi di pentas Liga Juara-Juara (ACL) 2023.

Sudah tentu pendedahan di saingan pertandingan Asia itu akan memberikan ‘visibility’ atau keterlihatan kepada bakat tempatan yang ada dalam negara ini.

Pada kelayakan tahun lalu, Syafiq tidak berpeluang beraksi di pentas ACL yang mana JDT melakar sejarah mara ke pusingan 16 terbaik.

Untuk rekod, Syafiq meledak satu gol dalam tiga penampilannya di JDT musim ini dan mengumpul 24 minit permainan setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lupakan sejarah tumbuk coach, rekod gila ‘free agent’ Jonathan Bolingi penawar ketumpulan kelab Liga Super – Sukan

Next Post

Ada VAR pun tak guna, fans dan pemerhati sukan pelik pengadil nafi penalti Barnsley – Sukan

Related Posts