Gol Bergson sah, tiada isu atau kesilapan pengadil ‘game’ JDT–Kedah — FAM – Sukan


JAWATANKUASA Penilaian Prestasi Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mendapati beberapa keputusan pengadil Hamdan Awang melakukan tindakan tepat walaupun beberapa keputusannya dipertikai sesetengah pihak ketika aksi antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Johor Darul Takzim (JDT), Selasa lalu.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, jawatankuasa berkenaan melakukan penelitian dan berbincang mengenai beberapa insiden penting dalam perlawanan itu selepas menerima laporan penuh daripada Penilai Pengadil.

“Berdasarkan laporan yang dihantar Penilai Pengadil, beliau menyatakan bahawa keputusan-keputusan yang dibuat oleh pengadil pada perlawanan tersebut adalah betul dan tepat serta tiada sebarang isu atau kesilapan yang dilakukan.

“Laporan tersebut juga telah diteliti bersama oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM yang turut sependapat bahawa keputusan-keputusan yang dibuat oleh pengadil berkenaan adalah betul dan tepat tanpa sebarang kesilapan,” katanya menerusi kenyataan.

Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman — Gambar Facebook/FAM

Mengulas mengenai dua insiden yang menjadi pertikaian utama, Noor Azman berkata, jawatankuasa tersebut mendapati bahawa, secara jelas keputusan Hamdan pada kedua-dua insiden berkenaan adalah tepat berpandukan kepada Undang-undang Permainan.

Beliau berkata, dakwaan bahawa penyerang JDT, Bergson da Silva berkedudukan ofsaid ketika menjaringkan gol pertama skuad Harimau Selatan pada minit ke-36, bukannya ofsaid kerana semasa hantaran dibuat, pemain import dari Brazil itu tidak berada dalam kedudukan ofsaid.

“Berdasarkan Undang-undang 11 iaitu berkaitan ofsaid, kedudukan sama ada pemain itu ofsaid atau tidak adalah diambil kira ketika bola dimainkan (hantaran dibuat), bukannya semasa pemain menerima bola tersebut.

“Keduanya, mengenai sepakan penalti yang diberikan kepada JDT pada minit ke-57, ia memang keputusan yang tepat kerana berlaku tolakan oleh pemain KDA FC ke atas pemain JDT mengikut Undang-undang 12,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, walaupun pihaknya tidak menerima sebarang aduan rasmi berkaitan keputusan pengadil daripada KDA setakat ini, pihaknya tetap bertindak secara proaktif untuk meneliti laporan tersebut.

“Ia bagi memastikan sama ada keputusan dibuat oleh pengadil itu adalah tepat atau sebaliknya, sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat,” katanya.

Pada aksi tersebut, JDT mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut, berjaya bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Kedah 3-1. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Melaka United antara 3 ‘game’ penentu hala tuju Sang Penyu — Hairuddin Omar – Sukan

Next Post

‘Awak boleh aturkan,’ Legenda Kedah idam lihat anak sarung jersi Hijau Kuning – Sukan

Related Posts