Giliran skuad muda Ngap Sayot tak dapat gaji 4 bulan? – Sukan


KHABAR angin mengenai kontroversi pembayaran gaji pemain dan pasukan kejurulatihan Sarawak United FC (SUFC) kini bergolak kembali.

Ogos lalu, skuad senior kelab Liga Super itu terpalit dengan isu sama, selepas Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengeluarkan notis kepada pasukan berkenaan.

Tindakan tersebut dilakukan PFAM selepas mendapat laporan daripada beberapa orang pemain, yang memaklumkan tidak menerima gaji selama empat bulan.

Isu tunggakan gaji itu akhirnya selesai pada September lalu, selepas Presiden SUFC, Datuk Posa Majais mengesahkan perkara tersebut.

Terbaharu, isu berkenaan dipercayai berulang apabila kali ini melibatkan pemain berumur bawah 21 tahun skuad Ngap Sayot itu.

Perkara itu menjadi buah mulut penyokong pasukan itu selepas didedah di laman Facebook Kamek Kaki Bola pada lewat Jumaat.

Tangkap layar hantaran yang dibuat tentang gaji pemain muda Sarawak United.

“Terkini, pemain dan staf kejurulatihan pasukan Presiden Sarawak United bawah 21 tahun belum terima gaji selama empat bulan,” tulisnya.

Sementara itu, pihak pengurusan SUFC enggan mengulas lanjut, selain baru mendapat tahu tentang berita tersebut di media sosial pada Sabtu pagi.

“Buat masa ini, pihak pengurusan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi,” katanya kepada Majoriti.

Sebelum ini, SUFC pernah disekat daripada membuat sebarang perpindahan pemain tempatan dan import.

Sekatan tersebut dikenakan sendiri oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), setelah kegagalan SUFC menyelesaikan tunggakan gaji dan pampasan bekas pemain import mereka, Sandro da Silva berjumlah lebih RM150,000 pada musim lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Peserta lumba ‘drag’, Apeh Jamal maut kemalangan di Gong Badak – Sukan

Next Post

Perebutan makin sengit, format kelayakan Piala AFC 2023 berubah – Sukan

Related Posts