Gerrard korban populariti di Anfield, harap Villa menang lawan Liverpool

PENGURUS Aston Villa, Steven Gerrard berkata dia gembira untuk mengorbankan popularitinya di Anfield untuk melihat keputusan positif ditempa pasukannya apabila mereka menentang Liverpool dalam Liga Perdana pada hari Sabtu.

Bekas Pemain Liverpool itu kembali ke Anfield buat kali pertama sebagai jurulatih dengan pasukan Villanya mencari kemenangan keempat mereka dalam lima perlawanan liga.

Gerrard, yang mengambil alih tugas di Villa awal bulan lalu, memenangi banyak trofi dalam tempoh 17 tahun di Liverpool tetapi berkata, dia tidak meletakkan sebarang kepentingan khusus untuk kembali ke tempat di mana dia mencipta namanya.

“Bagi saya, apa yang penting adalah untuk menyediakan pasukan terbaik, untuk cuba dan dapatkan keputusan positif untuk Aston Villa.

“Bagi orang lain, ia adalah satu peristiwa besar. Bagi saya, ia adalah tiga mata, ia adalah perlawanan besar bola sepak dan ia adalah 90 minit yang kami perlu fokus.

“Jika saya dalam bas, turun semula ke M6 ke arah Birmingham dan saya bukan yang paling popular di Anfield, itu tak mengapa.”

Pemain berusia 41 tahun itu telah memberikan kesan yang agak memberangsangkan sejak tiba di Villa Park,

Pasukan itu kini berada di tangga ke-10 dalam liga dengan 19 mata daripada 15 perlawanan. – The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts