Gergasi Merah henyak Sang Kenari antara ramalan 14 pasukan di saingan LS12 – Sukan


SAINGAN Liga Super minggu ke-12 akan bermula pada Selasa yang bakal menyaksikan pertembungan 14 pasukan mencari mata kemenangan untuk berada dalam kedudukan teratas liga.

Enam pasukan akan berentap pada Selasa dalam tiga perlawanan berasingan membabitkan pertemuan antara Sabah dan Perak FC, Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Kelantan United FC (KUFC) serta Kelantan dan PDRM FC.

Baki lapan pasukan pula akan menguji kekuatan masing-masing pada Rabu melibatkan pertembungan antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Sri Pahang FC serta Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Selain itu ialah Terengganu dan Penang FC serta Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dan Kuching City FC.

Berikut merupakan ramalan bagi kesemua perlawanan berkenaan.

Sabah vs Perak (3-0)

Skuad Sang Badak dijangka membuat come back dalam perlawanan menentang Perak FC dengan kelebihan bermain di depan penyokong sendiri.

Sabah FC memiliki rekod cemerlang di Stadium Likas dalam beberapa perlawanan sebelum ini hingga prestasi membanggakan itu sedikit tercalar ketika menentang Terengganu FC.

Justeru, tentunya anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee yang dibarisi ramai pemain berpengalaman dapat meraih tiga mata dan memperbaiki kedudukan mereka.

Namun, Perak FC yang diperkuat dengan tenaga muda juga bakal memberi saingan sengit kepada The Rhinos.

Negeri Sembilan vs Kelantan United (2-0)

Skuad Jang dirasakan bakal meraih tiga mata mudah dalam saingan menentang Kijang Hijau.

Memiliki momentum yang baik dalam dua perlawanan terakhir, NSFC kendalian K Devan bakal beraksi di laman sendiri.

Ini pastinya memberi tekanan kepada KUFC yang berada di kedudukan tercorot carta liga ketika ini dengan hanya dua mata terkumpul.

Kelantan FC vs PDRM FC (1-0)

The Red Warriors (TRW) ada peluang untuk mencipta kemenangan menggunakan kelebihan beraksi di stadium sendiri.

Namun prestasi semasa pasukan agak goyah berikutan kemelut bayaran gaji yang melanda pemain-pemain Kelantan FC.

Begitupun, dari perspektif berbeza, ia boleh menjadi pemangkin semangat kepada pemain untuk melunaskan tuntutan pemiliknya yang mahu kemenangan agar bayaran 50 peratus baki gaji dapat dilunaskan.

Cumanya, PDRM FC juga bukan lawan mudah kerana sebagai pasukan yang kental bertahan, ia akan memberikan tentangan hebat kepada TRW.

JDT vs Sri Pahang (3-1)

Aksi gading bertemu taring ini amat dinantikan penyokong bola sepak tempatan kerana mempertemukan dua pasukan dengan rekod tanpa kalah musim ini.

Di atas kertas, Harimau Selatan memiliki peluang lebih cerah untuk mengungguli permainan berdasarkan rekod cemerlang dengan jaringan besar yang dicipta sejak liga bermula.

Faktor bernasib baik pula lebih sesuai buat skuad Tok Gajah yang merekodkan tujuh kemenangan dan empat seri dalam 11 perlawanan terakhir.

Selangor vs KDA FC (3-2)

Selain JDT lawan Sri Pahang, perlawanan antara Gergasi Merah dan Sang Kenari juga merupakan antara aksi tumpuan dalam LS12.

Dua pasukan elit itu tentunya beradu kekuatan masing-masing untuk pencarian mata berharga, namun dengan prestasi semasa, dirasakan keputusan bakal memihak kepada anak-anak buah Tan Cheng Hoe.

Bekas ketua jurulatih KDA FC itu tentunya mahu menguji taktikal dengan menggerakkan tonggak utama seperti Faisal Halim berdepan pasukan Sang Kenari yang kini di bawah bimbingan Nafuzi Zain.

Salah satunya dengan berbekalkan form terbaik skuad Merah Kuning ketika ini selain kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri.

Statistik head-to-head bagaimanapun menyebelahi KDA FC dengan enam kemenangan berbanding Selangor (tiga kemenangan) dan empat kali seri dalam 13 pertemuan terakhir.

Terengganu vs Penang FC (2-1)

Prestasi Sang Penyu yang semakin pulih bersama momentum ketika berjaya mengikat seri Sabah FC diyakini dapat diteruskan dalam perlawanan menentang Penang.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu dirasakan sudah mampu menyerap tekanan lawan dengan baik untuk berada dalam kelompok pertengahan liga.

Sokongan penyokong di stadium sendiri juga pastinya akan menjadi tonik kepada skuad Hitam Putih meraih tiga mata penuh.

KL City vs Kuching City (3-0)

Skuad Warga Kota juga dirasakan mampu bersorak di laman sendiri dalam pertemuan menentang The Cats.

Anak-anak buah Bojan Hodak boleh mengambil kesempatan ke atas prestasi terumbang-ambing pasukan lawan ketika ini.

Kuching City menduduki tangga ketiga tercorot dengan mengumpul empat mata dalam 11 perlawanan setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Homework’ Akmal Rizal berhasil, berjaya jinakkan JDT II di Bandaraya – Sukan

Next Post

Bintang JDT, Selangor FC berebut ‘slot’ ke Korea, bakal ikut jejak Kogi – Sukan

Related Posts