Gempar bintang Bundesliga ditahan, disyaki rogol remaja

SEORANG pemain bola sepak Bundesliga ditahan polis kerana dsyaki merogol seorang remaja warga Sepanyol.

Pemain bola sepak itu ditahan bersama seorang lelaki selepas remaja berusia 18 tahun itu mendakwa dirinya diserang’ secara seksual di sebuah vila di San Jose.

Menurut sumber, mangsa dimasukkan ke hospital selepas insiden yang berlaku pada awal pagi Rabu.

Menurut maklumat pada Sabtu, pemain bola sepak berkenaan dan seorang lagi lelaki direman bagi membantu siasatan.

Mereka disiasat polis sebelum dibawa ke mahkamah untuk perintah reman pada Sabtu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai kedudukan mereka setakat ini.

Pemain bola sepak yang ditahan itu baru menyambung kontrak dengan kelabnya yang merupakan salah satu pasukan paling cemerlang di Jerman.

Malah, suspek juga mempunyai pencapaian seperti memenangi kejohanan kebangsaan beberapa kali sebelum ini. -Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

UniPin-Moonton umum perkongsian untuk Mobile Legends: Kejohanan Piala Asia Tenggara Bang Bang, MSC 2022

Next Post

Selepas dakwaan curang, Gerard Pique elak jumpa media… takkan hadir majlis perkahwinan Jordi Alba

Related Posts