Gemar roti titab, saudara baharu Kelantan FC kongsi pengalaman sambut Ramadan – Sukan


SAUDARA baharu Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas atau kini lebih dikenali dengan nama Islamnya, Pol Abu Bakar berkongsi pengalaman menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.

Pol Abu Bakar yang juga juruanalisis video dan pembantu jurulatih Kelantan FC berkata, pengalaman berpuasa ketika Ramadan lebih dihayati selepas memeluk agama Islam.

“Saya rasa tenang dan lebih bersyukur. Bagi saya, berbuka puasa dengan saudara seagama dan menunaikan solat fardu secara berjemaah memberi satu pengalaman yang tidak dilupakan

“Mereka banyak membantu saya. Dahulu, kalau saya puasa, ia didorong oleh faktor kesihatan.

“Tapi kali ini berbeza kerana ibadah ini lebih kepada penghayatan agama untuk mendekatkan diri kepada Tuhan dan Islam, untuk belajar mengenai budaya dan agama di negara ini.

“Saya rasa ALLAH banyak memberi petunjuk kepada saya. Apabila kita berserah kepada ALLAH, maka ALLAH memberi semula ganjaran kepada kita,” katanya menerusi rakaman temu bual di Facebook TRW Kelantan FC.

Pol Abu Bakar berkata, dia sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk pasukan The Red Warriors musim ini.

“Insya-ALLAH kita boleh menang perlawanan seterusnya tapi kita sedar setiap perlawanan pasti ada cabarannya kerana pasukan lawan pun ada kekuatan tersendiri.

“Namun kita tetap mengharapkan keputusan yang bagus dan berharap kita boleh beri yang terbaik bagi setiap perlawanan.

“Insya-ALLAH kita menang banyak-banyak,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita mengenai makanan kegemarannya di Kelantan, Pol Abu Bakar berkata, dia amat menyukai roti titab dan nasi kerabu.

“Makanan di sini semuanya sedap-sedap. Ada yang pedas dan ada yang manis, tapi saya suka roti titab dan nasi kerabu.

“Kalau kena pilih salah satu, 100 peratus saya pilih roti titab,” katanya.

Pol Abu Bakar dan Norizam (kiri).

Pol Abu Bakar sudah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 dan memeluk Islam pada tahun ini.

Menurutnya, tempoh tiga tahun sudah cukup buatnya untuk membuka pintu hati memeluk Islam seterusnya mengamalkan kehidupan sebagai seorang Muslim.

Dia mengucap dua kalimah syahadah dengan bantuan pemilik kelab TRW Kelantan FC sendiri iaitu Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan, Sepang.

Lafaz syahadah kemudian dibuat secara rasmi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abdidin atau Masjid ‘Besi’ Putrajaya dengan disaksikan oleh pegawai dari Hidayah Islamic Centre untuk pendaftaran kesaksian dan rekod rasmi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Man United buru ‘kembar’ Haaland selesaikan masalah bahagian serangan – Sukan

Next Post

Pulang awal dari tugasan antarabangsa, tonggak Sabah FC mungkin 50-50 jumpa JDT  – Sukan

Related Posts