Gelanggang boleh diguna, tapi tiada kenyataan rasmi — MABA – Sukan


TEMASYA Sukan SEA 2023 yang dianjurkan di Kemboja menarik perhatian sebilangan pihak apabila beberapa isu mula tular, lebih-lebih lagi dari segi penyediaan fasiliti.

Sebelum ini, penggunaan lampu hadapan kereta ketika sesi penyampaian hadiah menjadi bahan bualan berikutan ketiadaan pencahayaan yang lengkap.

Beberapa hari selepas itu, kualiti bilik lokar buat kontinjen bola sepak turut menjadi topik hangat selepas ia dikongsikan di media sosial.

Baru-baru ini, sebuah lagi isu timbul apabila tuan rumah seakan-akan gagal untuk menyediakan fasiliti lengkap untuk atlet bola keranjang.

Dalam satu foto yang tular di media sosial, sebuah kawasan latihan khas dikatakan menggunakan tikar getah yang boleh didapati di pasaran.

Lebih menyayatkan hati lagi, ia tidak dipasang dengan betul sehingga dikhuatiri boleh mengakibatkan kecederaan kepada sesiapa yang menggunakannya.

Mengulas akan perkara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba), Tan Kee Hian mengatakan pihak pengurusan sudah mengambil maklum akan perkara itu.

Kee Hian melaporkan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak penganjur.

“Mereka sudah mengetahui akan masalah lantai dan tikar di gelanggang itu. Setakat ini, kawasan tersebut masih boleh digunakan,” katanya kepada Majoriti.

Bagaimanapun, menurutnya, tiada kenyataan rasmi akan perkara tersebut dikeluarkan pihak penganjur walaupun usaha untuk menambah baik sudah dibuat.

Pada Khamis, pasukan lelaki negara mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam peringkat kumpulan selepas menumpaskan Singapura dengan keputusan 93-70 dalam kategori lima sebelah.

Mereka bakal berdepan tuan rumah, Kemboja pada Sabtu untuk mengesahkan kelayakan ke peringkat kalah mati dengan pihak lawan kini berada di tangga ketiga.

Bagi kategori wanita pula, mereka berada di tangga kedua daripada tujuh pasukan yang mana penting untuk mereka memenangi perlawanan lain untuk membawa pulang pingat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sukan SEA: Negaraku berkumandang lagi, skuad terjun negara sapu 4 emas – Sukan

Next Post

Sukan SEA: Demi bolot emas, Kemboja import atlet luar sertai 4 acara – Sukan

Related Posts