Gara-gara mahu bantu Kelantan FC, ejen pemain import buka mulut sedih nama sendiri terjejas – Sukan


SITUASI merumitkan yang berlaku dalam kem Kelantan FC jelas memberikan kesan negatif terhadap prestasi semasa The Red Warriors (TRW) untuk kekal bersaing dalam Liga Super musim ini.

Bermula dengan isu pemilihan kejurulatihan sehinggalah tunggakan gaji, penyokong Kelantan terus dilontarkan dengan harapan palsu selepas pasukan kesayangan mereka tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pendaftaran pemain import semasa jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) pada Ogos lalu.

Walaupun sudah membuat pengumuman rasmi dalam media sosial pasukan, tetapi menerusi larangan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pihak pengurusan tidak dibenarkan untuk membawa masuk pemain import baharu.

Namun baru-baru ini, seorang ejen pemain import, Dennis Buschening memuat naik hantaran dalam Instagram mengucapkan selamat tinggal kepadanya kerana bersabar dan sentiasa bersikap profesional dengan situasi yang berlaku di Kelantan.

Menurut ejen Dennis, Sherif Saleh, 34, berkata, dia memilih untuk membawa penyerang kelahiran Jerman-Thailand itu ke Kelantan kerana mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga M bersama beberapa buah pasukan.

“Dennis Buschening, seperti anda tahu dia pernah beraksi dalam Liga Malaysia bersama Sabah FC, UiTM FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

“Selepas itu saya bawa dia (Dennis) ke Kelantan dan empat lagi pemain import lain sebab saya menjangkakan situasi di sana akan bertambah baik.

“Tetapi, kami semua terkejut dengan ‘regeneration ban’ yang mana saya sendiri tidak boleh melakukan apa-apa untuk pemain-pemain yang dibawa oleh saya,” katanya kepada Majoriti.

Buschening hanya mampu mempamerkan kebolehannya di padang latihan. — Facebook/TRW Kelantan FC

Tambahnya lagi, dia sangat bersimpati dengan nasib Dennis, tetapi pada masa sama sangat menghormati dengan pemain berusia 32 tahun itu yang bersikap profesional meskipun sepanjang tiga bulan berada di Kelantan tidak dibayar gaji.

“Dia kekal tenang walaupun rakan-rakan lain sudah meninggalkan pasukan disebabkan isu yang berlaku (tunggakan gaji) dalam kem Kelantan.

“Dennis tidak menerima sebarang pembayaran gaji selama berada di sana dan tidak berpeluang untuk beraksi dalam pusingan kedua Liga M.

“Jadi disebabkan itu, kami membuat keputusan untuk semua pemain pulang ke negara asal dan mencari peluang di tempat lain,” jelasnya.

Shekoo mengumumkan pemergian Buschening melalui satu hantaran di Instastory peribadinya.

Sherif Saleh atau lebih dikenali sebagai Shekoo, turut berasa kesal dengan situasi semasa yang berlaku kerana niatnya hanya mahu membantu TRW kembali sebagai pesaing dalam Liga Super.

“Ya, sangat sedih dan kecewa apa yang terjadi kerana niat saya hanya untuk membantu Kelantan dan penyokong kerana mereka mahukan kegembiraan dengan meraih kemenangan.

“Seperti sedia maklum, Kelantan adalah sebuah pasukan yang kaya dengan sejarah selepas merekodkan pencapaian hebat sebelum-sebelum ini.

“Niat saya baik dengan membawa masuk pemain-pemain itu untuk pusingan kedua mungkin akan banyak membantu pasukan Kelantan.

“Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan nama saya selaku ejen pemain, tetapi ini semua perancangan ALLAH jadi saya percaya semua penyokong yang baca berita tentang saya, tahu ini bukan 100 peratus kesalahan saya,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Selepas 13 hari, bapa Luis Diaz akhirnya dibebaskan penculik di Colombia – Sukan

Next Post

[VIDEO] Akibat kata-kata kesat, nasib Safiq Rahim pernah berada di tangan FAM – Sukan

Related Posts