Gamel ‘offer’ diri, sanggup jadi coach kelab Liga Super berbanding balik kampung – Sukan


BEKAS ketua jurulatih skuad Tok Gajah, Christophe Gamel menyatakan hasrat untuk terus kekal di Malaysia dan sedia berbincang dengan mana-mana pengurusan kelab yang mahukan khidmatnya dalam Liga Malaysia musim depan, lapor Stadium Astro.

Gamel mengakui ada menerima beberapa tawaran menarik dari luar negara namun masih tidak memikirkan untuk keluar daripada Malaysia ketika ini.

“Memang ada pasukan yang sudah menghubungi tetapi belum ada yang konkrit tentang perbincangan kami.

“Jadi saya masih terbuka dengan mana-mana tawaran,” katanya.

Menurut Gamel, seandainya tiada pasukan berminat mendapatkan khidmatnya, maka dia akan kembali ke Perancis dan meneruskan karier kejurulatihan di sana.

Bagaimanapun pengendali berusia 50 tahun itu berkata, dia mampu membuktikan kemampuannya jika diberikan tempoh yang mencukupi.

“Saya bentuk sebuah pasukan yang baik, permainan yang amat menarik, tetapi ia melibatkan gabungan banyak faktor untuk membangun.

“Ia bergantung kepada pendekatan kelab, kalau meletakkan barisan muda, maka ia memerlukan masa untuk membina keyakinan,” katanya.

Gamel dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Sri Pahang FC pada awal musim 2022 sebelum berpisah atas persetujuan bersama Julai lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Salah serba salah, dah tahu akan direhatkan Liverpool’ – Sukan

Next Post

Elak tragedi di Malang berulang, Zamsaham kongsi solusi buat TRW – Sukan

Related Posts