Galaxy Racer labur RM41.8 Juta dalam ekosistem e-sukan Malaysia

ORGANISASI e-sukan, permainan dan gaya hidup yang berpangkalan di Dubai, Galaxy Racer mengumumkan unjuran pelaburan sekitar AS$10 juta (RM41.8 juta) dalam ekosistem e-sukan Malaysia.

Galaxy Racer merancang untuk melabur dalam pertandingan dan acara e-sukan di rantau ini, serta membina ibu pejabat serantau baharu untuk rantau Asia Pasifik (APAC) di Malaysia.

Pelaburan Galaxy Racer di rantau ini akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Check-out Free Fire x Money Heist crossover… Final Episode: Raid and Run

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG Mobile dan Honor of Kings ungguli carta perbelanjaan pemain tahun 2021

Kerjasama antara organisasi itu dan kerajaan Malaysia telah dirasmikan melalui pertukaran memorandum persefahaman di Dubai.

“Galaxy Racer percaya pada visi MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) untuk Malaysia menjadi ekonomi nilai tambah tinggi dan pengeksport bersih teknologi tempatan dan penyelesaian digital.

“Kami teruja untuk menubuhkan ibu pejabat APAC kami di Malaysia dan menghargai sokongan MDEC dan KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) dalam memudahkan pelaburan langsung asing ke Malaysia.” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galaxy Racer Paul Roy.

Ibu pejabat Galaxy Racer yang akan dibina di Malaysia akan menumpukan kepada enam teras perniagaan iaitu kandungan, pasukan e-sukan, pencipta kandungan, acara e-sukan dan permainan, barang dagangan, label muzik dan studio animasi.

Usaha baharu itu akan menyediakan beberapa pekerjaan dalam industri e-sukan untuk rakyat Malaysia.

“Sebahagian daripada misi kami untuk memacu ekonomi digital dengan inisiatif berimpak tinggi, MDEC komited dalam mengembangkan industri e-sukan di Malaysia bekerjasama dengan peneraju industri seperti Galaxy Racer, saya pasti kita akan dapat meningkatkan industri e-sukan ke tahap yang lebih tinggi.

“Pelaburan mereka ke Malaysia akan memberi sumbangan besar kepada industri e-sukan negara.” ujar Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz. -esportsinsider.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gary Neville sertai parti Buruh, tak tolak kemungkinan bertanding jawatan datuk bandar Manchester

Next Post

Diva WWE popular ditahan, ugut bunuh pasangan dengan gunting

Related Posts