Gaji Messi dibayar dengan kripto

PEMAIN bola sepak terkemuka, Lionel Messi dilaporkan menerima gaji dalam bentuk mata wang kripto bersama kelab Paris Saint Germain (PSG).

Agensi berita L’Equipe baru-baru ini mendedahkan butiran kontrak Messi yang diberikan oleh PSG.

Pemain berkenaan menerima gaji sebanyak 110 juta euro (RM538 juta) selama tiga musim.

Gaji mingguannya pula boleh mencecah sehingga 700,000 euro (RM3.4 juta).

Bagaimanapun, tidak semua gaji tahunannya dibayar dengan mata wang fiat.

Menurut laporan L’Equipe, PSG membayar kira-kira satu juta euro (RM4.9 juta) dalam bentuk mata wang kripto.

Mata wang kripto yang digunakan oleh PSG adalah token peminat. Token tersebut merupakan mata wang kripto milik kelab berkenaan.

Sama seperti Bitcoin dan mata wang kripto lain, token peminat turut boleh digunakan untuk melakukan transaksi digital.

Malahan, kedatangan Messi ke PSG dikhabarkan telah meningkatkan harga jualan token peminat.

PSG dikatakan mampu mengaut keuntungan hampir 30 juta euro (RM146.7 juta) setahun hasil penjualan token peminat tersebut.

Setakat ini, Messi membuat dua penampilan bersama PSG namun masih belum mencetak sebarang gol atau bantuan hantaran. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Pele berada dalam keadaan stabil dan positif

Next Post

Perhitungan dua ‘mesin gol’, siapa lebih tajam?

Related Posts