‘Footgolf’ antara resepi kapten Steffi kekal cergas, bantu Melaka pertahan PTSR – Sukan


BUKAN sahaja diakui oleh rakan sepasukan, aura kapten Melaka United, Steffi Sarge Kaur Sergeant Singh turut dipersetujui oleh pihak lawan sebagai seorang jentera penggerak yang cukup hebat di atas padang.

Kehebatan Steffi itu terlihat apabila dia menjadi antara watak utama yang membantu Melaka untuk menumpaskan Negeri Sembilan 1-0 pada aksi final Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2022 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Ahad.

Bagi Steffi yang juga merupakan kapten Malayan Tigress itu mengakui bahawa sebagai seorang pemain senior, dia perlu memainkan peranan besar untuk memberi motivasi kepada rakan sepasukan.

Steffi juga merupakan pemain futsal wanita kebangsaan. — Facebook/FAM

“Bagi saya mungkin itu adalah pendorong untuk pasukan saya. Semestinya sebagai seorang senior banyak kena sokong kawan-kawan saya.

“Dalam pasukan Melaka lagi ramai yang junior jadi saya sebagai senior player kita bagi sokongan, sokongan moral dan motivational talk. Mungkin dari situ mereka bersemangat dengan sokongan pemain senior lain.

“Saya rasa amat gembira sebab dapat jadi juara dan saya rasa bangga anak buah saya mereka sudah menjalankan tanggungjawab dengan sangat baik. Saya rasa Melaka memang layak untuk jadi juara. Kita sudah beri usaha 100 peratus,” katanya kepada Majoriti.

Malah, terdapat juga beranggapan aura yang dimiliki Steffi mirip dengan kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar namun pemain berusia 34 tahun itu hanya terima ia sebagai tanggapan orang ramai.

Meskipun dengan persediaan yang kurang rapi, Melaka United masih mampu memastikan kejuaraan bola sepak wanita PTSR 2022 terus menjadi milik Melaka United.

Melaka United mengulangi kejayaan menjulang PTSR pada edisi 2019. — Facebook/FAM

Persediaan yang kurang rapi itu adalah disebabkan jadual latihan yang perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab lain para pemain Melaka.

Bagi Steffi, dia mengakui rata-rata pemain dalam pasukan Melaka United mempunyai peranan lain selain daripada bermain bola.

“Ramai daripada kami yang kerja. Kerja lapan hingga lima selalu lepas kerja lah kami cuba untuk ikut latihan. Jika tak dapat ikuti latihan kumpulan, kami buat latihan individu dan ada jadual sendiri lah untuk kekalkan kecergasan.

“Saya memang buat workout sendiri untuk kekalkan fitness saya. Selain latihan atas padang, saya banyak pergi gim dengan latihan sendiri,” tambahnya juga yang bekerja di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Selain minat mendalam terhadap bola sepak, Steffi juga bergiat aktif dalam sukan lain dan antara resepi kejayaannya untuk kekalkan kecergasan juga adalah dengan bermain footgolf.

Footgolf merupakan antara sukan lain yang diminati Steffi. — Instagram

“Kadang-kadang saya main Footgolf. Banyak sebenarnya sukan saya main. Tapi dekat dengan kejohanan ini saya banyak berlari dan luangkan masa dengan gim,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemain berketinggian 1.73 meter itu juga berharap agar pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memperkenalkan liga bola sepak wanita di samping usaha merancakkan lagi perkembangan sukan itu dalam kalangan kaum Hawa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lepas terpalit isu pemain diva, Nooa disingkir skuad kebangsaan? – Sukan

Next Post

Dion Cools dilaporkan sertai FK Jablonec, tak jadi bersama JDT? – Sukan

Related Posts