Final Piala FA, Terengganu umum 11 September cuti peristiwa – Sukan


TARIKH 11 September diumum sebagai cuti peristiwa bersempena perlawanan akhir Piala FA 2022 antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Takzim (JDT).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, cuti tersebut bagi memberi keselesaan perjalanan pulang penyokong TFC dan memastikan mereka tidak terburu-buru di atas jalan raya setelah menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 9 malam, 10 September ini.

“Susun dan atur masa perjalanan pulang dengan baik tanpa perlu tergesa-gesa kerana ruang masa yang ada masih panjang,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri berharap agar penyokong TFC mengutamakan keselamatan diri dan tidak terlibat dengan sebarang insiden yang tidak sepatutnya, serta sentiasa menunjukkan akhlak dan adab yang baik sebagai rakyat Terengganu.

“Kepada pasukan kesayangan rakyat semua Terengganu FC, saya berharap para pemain dapat memberikan fokus yang maksima dan mempersembahkan aksi yang terbaik, sekali gus merealisasikan harapan kita untuk membawa pulang Piala FA diiringi ribuan penyokong ke Terengganu. Insya-ALLAH,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sekadar menang tipis, Ten Hag akui Man United ada masalah – Sukan

Next Post

Tewaskan regu Indonesia, Aaron Chia-Wooi Yik muncul juara dunia – Sukan

Related Posts