FIFA ‘ban’ Presiden RFEF, 11 jurulatih letak jawatan tanda protes insiden cium pemain wanita – Sukan


LUIS Rubiales digantung sementara oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan tingkah laku presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) itu dalam perlawanan akhir Piala Dunia Wanita minggu lalu.

Rubiales enggan meletakkan jawatan di sebalik kekecohan besar yang ditimbulkannya berikutan tindakannya mencium bibir Jenni Hermoso ketika dia mengalungkan pingat buat ketua pasukan itu selepas Sepanyol menang 1-0 ke atas England di Sydney, Australia baru-baru ini.

Pada Sabtu, Hermoso menegaskan dia tidak bersetuju dengan ciuman itu sementara RFEF mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas komen yang dibuat oleh penyerang itu.

Keadaan mula berubah apabila FIFA membuka prosiding tatatertib ke atas Rubiales pada Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, pegawai berusia 46 tahun itu dilarang daripada menyertai semua aktiviti berkaitan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk tempoh awal 90 hari.

Sementara itu, 11 jurulatih skuad kebangsaan wanita dilporkan telah meletakkan jawatan susulan bagi memprotes tindakan yang dibuat oleh Rubiales terhadap Hermoso.

Sebelum ini Hermoso menuduh RFEF mengamalkan “budaya manipulatif, bermusuhan dan mengongkong”, malah juara kapten Piala Dunia Wanita itu bertekad melancarkan mogok seandainya presiden badan induk negara berkenaan, Luis Rubiales, masih kekal.

Seramai 81 pemain menandatangani surat untuk menyatakan bahawa mereka tidak akan menyahut panggilan skuad kebangsaan sekiranya Rubiales masih berdegil untuk melepaskan jawatannya berikutan kontroversi mencium Hermoso.

Rubiales menjelaskan ia berlaku “secara spontan, sepakat, teruja dan tidak melibatkan nafsu” tetapi Hermoso yang sebelum ini menafikan telah memandang rendah insiden itu dengan menyatakan RFEF membuat penjelasan palsu sambil membidas organisasi berkenaan secara menyeluruh dalam satu kenyataan di Twitter. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pecah 2 rekod olahraga kebangsaan, Usain Bolt Malaysia raih Anugerah Khas SAM-100PLUS 2022 – Sukan

Next Post

Masih belum terlambat, 3 bintang muda wajar dipertimbangkan Elavarasan sebelum ke Thailand – Sukan

Related Posts