Ferdinand gesa Solskjaer tinggalkan Manchester United

RIO Ferdinand percaya sudah tiba masanya Ole Gunnar Solskjaer meninggalkan Manchester United dan menyerahkan tugas pengurus itu kepada orang lain.

Pengurus kelahiran Norway itu berada di bawah tekanan besar berikutan prestasi buruk di mana pasukan tersebut tewas empat daripada enam perlawanan terakhir mereka.

Kekalahan itu termasuk dalam perlawanan menentang Liverpool dengan 0-5 dan 0-2 kepada Manchester City, di mana kedua-duanya berlangsung di Old Trafford.

Solskjaer tidak dapat memberikan satu trofi pun kepada kelab itu sejak menjadi pengurus tetap pada Mac 2019.

Malahan, pasukannya berada pada kedudukan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Chelsea selepas hanya 11 perlawanan musim ini.

Ferdinand, yang juga bekas rakan sepasukan Manchester United, merupakan peminat besar Solskjaer sejak pertama kali menjadi pengurus sebagai pengurus sementara pada akhir 2018.

Namun kini diragui sama ada pengurus itu mampu membawa kegemilangan di Old Trafford buat kali pertama sejak Liga Europa 2016-17. – Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Aston Villa pecat pengurus pasukan Dean Smith

Next Post

Pemain, kakitangan Manchester United percaya Solskjaer bakal dipecat

Related Posts