Farizal Marlias dan Aidil Zafuan digugurkan Harimau Malaya, siapa antara 3 nama ini lebih layak pakai lilitan kapten? – Sukan


SELESAI aksi final Piala FA pada Sabtu lalu, tumpuan penyokong bola tempatan kini terarah pada misi skuad negara pada Kejohanan Piala Raja Thailand (King’s Cup) di Chiang Mai, Thailand bermula 22 September nanti.

Perbualan sesama peminat Harimau Malaya semakin rancak apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan senarai 25 pemain terpilih untuk mewakili skuad kebangsaan beserta 16 pemain diletakkan dalam senarai bersedia.

Berdasarkan senarai tersebut, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah mengekalkan seramai 17 daripada 23 pemain yang telah membawa skuad tersebut layak ke Piala Asia 2023 pada kempen kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jun lalu.

Lapan pemain baharu dipanggil kali ini termasuk tiga pemain muda berusia 21 tahun dari skuad B-23 kebangsaan iaitu penjaga gol Rahadiazli Rahalim, Azam Azmi Murad dan Mukhairi Ajmal Mahadi, selain penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Sharul Nazeem Zulpakar, Brendan Gan, Zhafri Yahya dan Declan Lambert.

Lebih menarik perhatian, ketiadaan Farizal Marlias dan Aidil Zafuan Abd Razak dalam senarai itu membuatkan ramai mula berteka-teki mengenai calon sesuai untuk menyandang gelaran kapten pada misi kali ini.

Berikut merupakan tiga pemain yang memiliki karisma, kredibiliti dan sifat kepimpinan yang wajar dipertimbangkan Pan-gon dalam memilih pengemudi skuad Harimau Malaya nanti:

Tiada siapa boleh menyangkal kredibiliti kepimpinan Brendan. — AP photo

1. Brendan Gan

Kebolehan Brendan dalam memimpin pasukan bukanlah satu rahsia apabila dia pernah diberi kepercayaan untuk menjadi kapten Harimau Malaya dan kini dia masih memegang lilitan kapten buat pasukan Selangor.

Kali terakhir pemain tengah Selangor itu menyarung jersi Harimau Malaya adalah pada perlawanan yang menyaksikan skuad negara meraih kemenangan 1-0 ke atas Thailand pada Jun 2021, sebelum dia mengumumkan menghidap kanser testis.

Sudah tentu, dengan pengalaman sedia ada, pemain berusia 34 tahun itu akan diterima baik ahli pasukan untuk menggalas tugas sebagai kapten Harimau Malaya dengan cemerlang nanti.

Dominic pernah menjadi kapten skuad B-19. —Instagram/dominictjj

2. Dominic Tan

Pemain Sabah FC ini juga tidak asing dengan posisi kepimpinan apabila dia pernah menggalas tanggungjawab tersebut ketika berada bersama skuad B-19 (Harimau Muda C) negara.

Tambahan pula, pengalamannya bermain bersama kelab Thailand, Police Tero FC pada musim lalu sedikit sebanyak mampu membantu pasukan untuk membaca situasi permainan di negara jiran itu.

Selain itu, Dominic dikatakan sebagai seorang pemain yang mudah beradaptasi, disenangi rakan sepasukan serta dan mudah bekerjasama dengan jurulatih, sekali gus menjadikannya penghubung terbaik yang juga merupakan ciri-ciri penting kapten sesebuah pasukan.

Pengalaman Shahrul sebagai kapten pasukan Perak boleh dicungkil semula. —The Star

3. Shahrul Saad

Nama Shahrul Saad sudah sinonim dengan peminat bola sepak Perak kerana dia juga merupakan kapten bagi skuad tersebut pada 2019.

Sebagai kapten, pemain berusia 29 tahun itu mampu memberi arahan kepada rakan-rakan, bijak mengawal emosi permainan dan boleh membantu pasukan menjaringkan gol.

Kini, walaupun tidak lagi memakai lilitan kapten semasa bersama JDT, namun kualiti kepimpinannya itu diyakini masih ada dan sedang tunggu untuk diterjemahkan dalam perlawanan sekiranya diberi peluang oleh Pan-gon. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Aksi Kedah-Selangor dijangka panas, dua-dua ‘on form’ buru slot Piala Malaysia – Sukan

Next Post

Van Dijk tempelak legenda Man United lepas benam Ajax, asyik sibuk kecam bintang Liverpool – Sukan

Related Posts