Fans Liverpool buat hal lagi, boo lagu ‘God Save the King’ – Sukan


PENYOKONG Liverpool secara lantang mengejek lagu kebangsaan Britain ketika pertembungan menentang Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Laungan ‘boo’ dan chant Liverpool oleh penyokong The Reds di Stadium Anfield, England menenggelamkan lagu ‘God Save the King’.

Semasa sebahagian besar rakyat United Kingdom meraikan pertabalan Raja Charles III, ada peminat Liverpool yang lantang meluahkan rasa tidak hormat mereka terhadap monarki.

Ketika kedua-dua pasukan berbaris atas padang untuk nyanyian lagu kebangsaan, muzik tersebut bagaimanapun ditenggelamkan dengan laungan ‘boo’.

Seketika kemudian, laungan ‘Liverpool’ bergema di dalam stadium hingga menyebabkan lagu ‘God Save the King’ tidak lagi kedengaran.

Penyokong Liverpool memang dikenali kerana tabiat suka melaungkan ‘boo’ semasa lagu kebangsaan dimainkan.

Pemerhati sukan menganggap ia mungkin didorong kecenderungan politik sayap kiri penduduk Liverpool yang sebahagian besar dibentuk oleh populasi dari Ireland.

Dalam satu insiden lain yang menjadi tajuk berita nasional, penyokong Liverpool mencemuh lagu kebangsaan di Stadium Wembley, London ketika Putera William menghadiri perlawanan akhir Piala FA pada tahun lepas.

Liverpool FC dalam satu kenyataan sebelum perlawanan berkata, pihaknya bersama kelab lain yang bermain pada Sabtu diminta oleh Liga Perdana untuk memainkan lagu kebangsaan sebelum sepak mula bagi menandakan peristiwa bersejarah pertabalan Raja Charles III.

“Sudah tentu ia adalah pilihan peribadi bagaimana mereka di Anfield meraikan peristiwa tersebut (pertabalan Raja Charles III) dan kelab tahu beberapa penyokong mempunyai pandangan yang lantang mengenainya,” kata kenyataan itu.

Pada hari pertabalan Raja Charles III, lebih 1,500 penunjuk perasaan antimonarki membantah upacara tersebut demi perjuangan mereka untuk menamatkan era pemerintahan beraja Britain berusia 1,000 tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Tiada yang mudah untuk tujuan indah’, Luqman Hakim bersyukur terus dapat tempat di kelab Iceland – Sukan

Next Post

Baru juarai Serie A selepas 33 tahun, rupanya 2 bintang JDT pernah tewaskan ‘kereta kebal’ Napoli – Sukan

Related Posts