Fans ‘hidu’ kepulangan anak perantau HM, kagum masih tak lupa menu kegemaran tempatan – Sukan


MENAMPILKAN sebanyak tujuh muka baharu dalam 27 pemain dalam senarai yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa membuatkan ramai penyokong tidak sabar untuk melihat aksi Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan antarabangsa minggu depan.

Panggilan ke kem latihan pusat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa menentang Turkmenistan dan Hong Kong, masing-masing pada 23 dan 28 Mac ini.

Dalam senarai tersebut, seramai tujuh muka baharu diberi peluang oleh Pan-gon dan antaranya ialah penjaga gol Damien Lim dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman; Fayadh Zulkifli Amin, Daniel Ting, Paulo Josue, Endrick Dos Santos, Feroz Baharudin dan pemain warisan, Nooa Laine.

Dari tujuh tonggak baharu itu, Nooa yang kini beraksi di saingan divisyen satu Liga Finland, SJK Seinajoki menjadi antara pemain ditunggu-tunggu menyarung jersi Harimau Malaya dan ramai tidak sabar melihat debut tonggak tengah itu.

Pemain campuran Malaysia-Finland itu sebelum ini pernah mendapat panggilan bawah 23 (B-23) di bawah kendalian Brad Maloney sebagai persiapan bagi menghadapi Sukan Sea di Hanoi, Vietnam pada 2022.

Bukan sahaja penyokong yang tidak sabar menanti aksi pemain berusia 20 tahun itu, malah tonggak berkenaan juga nampaknya sudah tiba di tanah air lebih awal bagi membuat persiapan menjelang aksi antarabangsa itu.

Tangkap layar gambar tular Nooa mengambil bungkusan makanan.

Menerusi gambar tular menunjukkan Nooa menerima bungkusan makanan dari seorang wanita mungkin juga ahli keluarganya di sebuah hotel ternama di ibu kota. Disebabkan itu juga penyokong mendakwa dia tiba awal di Malaysia kerana menguruskan hal dokumentasi.

Lebih mendapat perhatian penyokong apabila sekembalinya Nooa ke tanah air, pemain muda itu sudah mencari-cari hidangan tempatan iaitu roti telur dan bungkusan makanan tersebut seperti menyambut kepulangannya di tanah air.

Selepas berkelana di luar negara, kedatangan Nooa menyarung jersi kebangsaan pasti memberi pilihan lebih banyak kepada pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon untuk membentuk skuad terbaik bagi menghadapi pusingan akhir Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar awal tahun depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perak FC mungkin perlu mandi bunga — Teong Kim – Sukan

Next Post

Pemain sertai kelab luar negara, isu VAR antara perkara dibincang Hamidin di Majlis FIFA – Sukan

Related Posts