Fans Harimau Selatan puji keeper Kelantan United, bagi 3 sebab ‘backup’ terbaik Syihan Hazmi di JDT – Sukan


SELEPAS hampir 10 tahun menabur bakti di Johor Darul Takzim (JDT), perjalanan karier bola sepak Farizal Marlias dilihat semakin hampir ke penghujung jalan bersama pasukan selatan tanah air itu.

Farizal yang menyertai JDT daripada Selangor FC pada 2014 tampil cemerlang menjaga gawang gol Harimau Selatan selepas sedekad dengan memenangi pelbagai kejuaraan antaranya Piala AFC dan kesemua piala kejohanan domestik.

Pada musim lalu meskipun Farizal berjaya mendapat ‘clean sheet’ terbaik di dalam Liga Super, aksi penjaga gol berusia 36 tahun itu tidak lagi setangkas seperti dahulu selepas gagal menepis percubaan pemain lawan.

Musim ini pula dengan kehadiran penjaga gol baharu ke JDT, Syihan Hazmi dilihat lebih menyukarkan untuk Farizal beraksi lebih kerap dan banyak menghabiskan masa di bangku simpanan pemain.

Timbul pula khabar angin menyatakan Farizal bakal dipinjamkan ke Perak FC menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia untuk membantu pasukan bimbingan Datuk Lim Teong Kim daripada terus dibolosi pihak lawan.

Farizal kini lebih banyak memanaskan bangku simpanan JDT. — Facebook/JDT

Penyokong JDT pastinya menginginkan penjaga gol yang berkualiti untuk menggantikan Farizal serta menjadi sandaran terbaik untuk Syihan Hazmi.

Ketika perlawanan JDT menentang Kelantan United pada Sabtu lalu, penyokong-penyokong Harimau Selatan tertarik melihat ketangkasan penjaga gol pihak lawan iaitu Asyraaf Omar walaupun dibolosi dengan enam gol.

Disebabkan ketangkasan yang ada pada pemain berusia 28 tahun, penyokong Harimau Selatan mula mengidamkan supaya dia menjadi penjaga gol kedua di belakang Syihan Hazmi.

Majoriti senaraikan tiga sebab mengapa Asyraaf boleh menjadi penjaga gol kedua terbaik di JDT:

Nilai pasaran semasa Asyraaf di laman sesawang Transfermarkt.

1. Nilai pasaran lebih rendah

Nilai pasaran semasa Asyraaf hanya RM 368 ribu lebih rendah berbanding Farizal Marlias yang berharga RM 859 ribu.

Ia sekali gus JDT boleh menjimatkan kos kewangan apabila tidak perlu membayar gaji yang tinggi dan hanya bayar setimpal dengan prestasi individu.

Bagaimanapun, Asyraaf pernah merekodkan nilai pasaran tertinggi RM 491,000 pada 2019 selepas tampil cemerlang beraksi bersama PKNP FC.

Asyraaf (kanan) berjaya menangkap kemas bola dalam perebutan di udara bersama Fernando Forestieri. — Facebook/Kelantan United

2. Ketinggian sebagai penjaga gol

Jika dilihat ketinggian Syihan Hazmi ialah 1.85 meter hanya kurang tiga meter oleh Asyraaf yang berketinggian 1.82 meter, jauh lebih tinggi berbanding Farizal Marlias.

Farizal yang berketinggian 1.78 meter dilihat sedikit bergelut apabila melibatkan perebutan bola di udara atau rembatan tinggi ke dalam gawang gol.

Masalah yang dialami Farizal pastinya dapat diatasi oleh Asyraaf yang mana dia dilihat memiliki ‘standard size’ sebagai seorang penjaga gol di rantau Asia.

Asyraaf ketika mewakili Melaka United pada 2022. — Facebook/Melaka United

3. Bukti kemampuan menghalang trio JDT

Dalam perlawanan JDT melawan Kelantan United di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, Asyraaf berjaya menepis sebanyak enam percubaan daripada 12 rembatan ke gawang golnya.

Malah persembahan yang ditunjukkan olehnya dalam perlawanan itu turut mendapat pujian penyokong-penyokong Harimau Selatan.

Jika tidak kerana penjaga gol berusia 28 tahun itu, pastinya keputusan pada perlawanan itu akan lebih besar dan perkara ini turut diakui penyokong tuan rumah sendiri.

Bekas pemain Penang FC ini pernah menabur bakti di beberapa pasukan sebelum menyertai Kelantan United antaranya ialah Piala Presiden Perak FC, PKNP FC, KL Rovers dan Melaka United. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Insiden pergaduhan final Sukan SEA, ‘staff coach’ Indonesia tumbang ditumbuk kem Thailand – Sukan

Next Post

Sanusi tahu selok-belok bola, tutup ruang pihak ambil kesempatan terhadap KFA – Sukan

Related Posts