PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hukuman ke atas Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor FC susulan kes salah laku melibatkan penyokong, pemain dan beberapa pegawai kelab dałam perlawanan di bawah seliaan badan induk bola sepak negara itu.
Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bermesyuarat buat kali ke-14 bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.
Menerusi kenyataan dikeluarkan FAM pada Isnin, Harimau Selatan menerima hukuman untuk dua kesalahan membabitkan penyokong mereka ketika Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023 dan Final Piala FA 2023 menentang Kuala Lumpur (KL) City FC.
Manakala perilaku lima pegawai dan bekas pemain Gergasi Merah, Yazan al-Arab ketika aksi menentang Terengganu bagi saingan Piala Malaysia pula menjadi titik tolak Selangor disenarai menerima hukuman dalam bentuk denda oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM. — Majoriti
Menyusul…
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram