Faisal Halim, Hidalgo antara 3 bintang tumpuan galas ‘role’ Arif Aiman jika pilih ke luar negara – Sukan


NAMA Arif Aiman kini mula menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak luar negara selepas aksi yang dipamerkannya dalam kejohanan Asia Champions League (ACL) musim ini.

Arif Aiman terus mencipta nama di peringkat Asia apabila menjaringkan dua jaringan gol untuk membantu Johor Darul Takzim (JDT) menewaskan kelab dari Thailand, BG Pathum United dengan keputusan 4-2 dalam aksi Kumpulan I pada Selasa lalu.

Aksi yang dipamerkan pemain berusia 21 tahun itu ketika berdepan Kawasaki Frontale dan BG Pathum United ternyata menarik minat ejen pemain bola sepak yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), R.D. Football Scout.

R.D. Football Scout ialah salah seorang ejen dan konsultan yang diiktiraf FIFA yang mana sering memuat naik video pemain-pemain muda berbakat di seluruh dunia.

Jika Arif Aiman memilih untuk berkelana ke Eropah bagi menghadapi cabaran baharu siapakah yang akan menjadi penggantinya di skuad Harimau Selatan?

Majoriti senaraikan tiga bintang yang boleh menggalas tanggungjawab ditinggalkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia jika berhijrah ke luar negara:

Akhyar cemerlang bersama skuad kebangsaan meskipun hanya tampil 11 perlawanan dengan JDT musim ini. — Instagram

1. Muhammad Akhyar Rashid

Akhyar Rashid dilihat pemain paling sesuai untuk menggantikan ketiadaan Arif Aiman jika dia memilih untuk berkelana ke luar negara.

Ini kerana Akhyar mempunyai skil individu yang baik sama seperti Arif Aiman ketika berdepan situasi satu lawan satu dengan pihak lawan.

Boleh beraksi di posisi sayap kanan, Akhyar membuktikan semasa beraksi bersama Harimau Malaya apabila mampu memberi bantuan jaringan kepada Darren Lok semasa Kelayakan Piala Asia menentang Bangladesh pada tahun lalu.

Bersama JDT musim ini, Akhyar tampil dalam 11 perlawanan dan menjaringkan dua gol serta satu assist untuk membantu Harimau Selatan meraih gelaran ke-10 berturut-turut Liga Super.

Hidalgo mencatatkan lebih 1730 minit permainan dalam kejohanan Liga Super bersama Kedah. — Instagram

2. Manuel Hidalgo

Nama Manuel Hidalgo tidak asing lagi dalam Liga Super selepas dia merupakan antara pemain import muda yang mendapat perhatian penyokong bola sepak tempatan.

Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Kedah Darul Aman FC (KDA FC) daripada Sri Pahang FC selepas cemerlang bersama Tok Gajah musim lalu.

Hidalgo dalam 21 penampilan berjaya menjaringkan tiga gol dan melakukan 10 assist dan merupakan tonggak utama Hijau Kuning musim ini.

Bersama Kedah musim ini, Hidalgo mencatatkan lebih 1730 minit permainan dalam kejohanan Liga Super.

Hampir menyamai jumlah assist Arif Aiman, Hidalgo bakal menjadi aset penting Harimau Selatan sekiranya dia berhijrah ke Selatan tanah air itu.

Faisal berjaya menjaringkan 12 gol dan 10 assist dalam 23 perlawanan terakhir bersama Selangor. — Instagram

3. Muhammad Faisal Abdul Halim

Gandingan sayap Arif Aiman ketika bersama skuad kebangsaan, Faisal Halim antara calon ‘ideal’ untuk menggantikan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia musim lalu.

Musim pertama bersama Selangor, Faisal berjaya menjaringkan 12 gol dan 10 assist dalam 23 perlawanan terakhir.

Jika menyertai JDT, Faisal dilihat mampu beraksi di pertandingan yang lebih kompetitif seperti Asia Champions League (ACL) musim depan.

Dikelilingi pemain-pemain bintang ia sekali gus dapat melonjakkan corak permainan dan fizikal Faisal untuk berhadap dengan pihak lawan yang lebih berkualiti.

Adakah penyokong JDT akan mendengar laungan ‘siuuuuu’ daripada Faisal? Di bawah kepimpinan Tengku Mahkota Johor (TMJ) apa-apa pun boleh berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Jojo Ghazali terima kontrak lumayan One Championship selepas tumbangkan petinju Rusia – Sukan

Next Post

‘Sudah 28 tahun dan terasa penat’, Mohd Qabil beri hint bersara lepas raih emas di Sukan Asia  – Sukan

Related Posts