Ex PKNS FC puji pemain Malaysia kini lebih hebat berbanding dulu – Sukan


MALAYSIA akan bertemu Republik Krgyz dalam perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis.

Pertemuan yang dianggap penting oleh kedua-dua pasukan ini akan memberikan gambaran bagaimana perjalanan mereka dalam misi untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan.

Kali terakhir kedua-dua negara ini bertemu adalah pada 2018 di Stadium Hang Jebat, Melaka. Sejak itu, semuanya sudah berubah.

Itulah yang diakui oleh penyerang Republik Krgyz iaitu Tamirlan Kozubaev yang pernah beraksi di Malaysia satu ketika dahulu.

Kozubaev merupakan bekas penyerang PKNS FC dan beraksi bersama-sama Sang Semut Merah pada tahun 2019 selama semusim.

Kini selepas empat tahun, dia kembali ke Malaysia untuk berdepan Harimau Malaya dan Kozubaev sudah menyaksikan perubahan ketara dari segi kekuatan pemain negara.

“Sekarang, Malaysia adalah pasukan yang lebih baik berbanding ketika saya berada di sini empat tahun lalu. Lima tahun lepas kami pernah menentang mereka dalam perlawanan persahabatan dan kini Malaysia adalah salah sebuah pasukan terbaik.

“Untuk perlawanan ini, kami jangkakan perlawanan yang sukar kerana Malaysia mempunyai ramai pemain berkualiti. Tetapi kami akan bersedia sepenuhnya dan harapnya ia akan menjadi pertemuan yang menarik,” kata Kozubaev ketika sidang media pra-perlawanan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Kozubaev sebelum ini pernah beraksi untuk negaranya ketika bertemu Harimau Malaya lima tahun lalu. Ketika itu, dia merupakan sebahagian daripada kesebelasan utama Republik Krgyz.

Pada waktu itu, Kozubaev dan Republik Krgyz menang 1-0 ke atas Malaysia hasil jaringan Bekjan Sagynbaev pada minit ke-68.

Semestinya Kozuebaev ingin mencatatkan satu lagi kemenangan ke atas Malaysia dalam perlawanan yang lebih signfikan seperti kelayakan Piala Dunia-Piala Asia ini.

Tetapi, adakah Harimau Malaya akan membenarkannya? Sama-sama kita nantikan Khamis ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

KPG mahu jadikan Malaysia sebagai antara 18 pasukan terbaik Asia – Sukan

Next Post

[VIDEO] Luis Diaz lepas rindu, gugur air mata jantan peluk bapa lepas 2 minggu diculik penjenayah Colombia – Sukan

Related Posts