‘Ex coach’ TRW lebih percayakan Rezal Zambery, kecewa Kelantan pernah pikat 2 import tapi tak sign – Sukan


KELAB Singapura, Lion City Sailors (LCS) terus memperkukuhkan pasukan mereka untuk bersaing dalam kejohanan tertinggi Asia (ACL) selepas menandatangani jurulatih baharu, Pol Corpas Cuatrecasas sebagai analisis, penolong jurulatih B-21 dan ketua analisis akademi LCS.

Pol Corpas atau nama Islamnya, Abu Bakar amat dikenali oleh penyokong Kelantan FC kerana kehebatan gandingannya bersama Rezal Zambery memimpin The Red Warriors (TRW) pada musim lalu.

Pol baru sahaja menyertai LCS. — Instagram

Selepas mengharungi keadaan sukar bersama TRW, Pol akhirnya boleh berbangga dengan kariernya selaku jurulatih selepas menyertai juara Liga Singapura 2021.

Tanpa berselindung, Pol gembira dapat menyertai LCS dan berterima kasih kepada pengurusan kerana banyak membantunya.

“Saya sangat gembira kerana dapat menyertai kelab yang hebat ini, pengurusan banyak membantu dan sangat terbuka untuk menyelesaikan persetujuan bersama,” katanya pada Majoriti.

Rezal sah sertai Kelantan United FC. — Facebook/KUFC

Ditanya mengenai Rezal Zambery menyertai Kelantan United, Pol berkata, ia satu kerugian buat Kelantan FC kerana kehilangan seorang jurulatih yang sudah membuktikan kemampuannya.

“Rezal hanya menunggu masa, jurulatih ini sudah membuktikan kualtinya dan dia berhak berada dalam persekitaran yang lebih baik.

“Ini hanya permulaan, saya rasa cepat atau lambat dia akan berada di tepi padang sebagai ketua jurulatih kelab Liga Super dan anda akan lihat keputusannya.

“Dia mempunyai pengetahuan dan pengalaman sebagai pemain dan itu merupakan acuan yang baik untuk jadi seorang jurulatih berjaya.

“Dengan semua tekanan yang dia alami musim lalu, Rezal mengatasinya dengan keputusan yang lebih baik,” ujarnya.

Pengurusan TRW pada mulanya tidak berminat merekrut Cifu. — Facebook

Dalam pada itu, Pol sempat berkongsi bahawa sebelum kehadiran pemain import seperti Miguel Cifuentes dan Ismahil Akinade, Kelantan juga pernah membawa dua import tapi tidak menandatangani mereka.

Dua pemain import itu ialah Omid Popalzay (Afghanistan) dan bintang kacukan Jerman-Filipina, Andreas Esswein.

“Pihak pengurusan TRW pernah membawa Omid dan Esswein namun tidak pernah menandatangani mereka.

“Salah seorang daripada mereka kerana jurulatih tidak berminat sekali gus pengurusan tidak menandatangani mereka.

“Seorang lagi mengalami kecederaan di bahagian betis sekali gus tidak berjaya dalam ujian perubatan.

“Sebelum itu pihak pengurusan TRW juga tidak mahu Cifu kerana dia tidak pernah melakukan penampilan bersama skuad kebangsaan,” jelasnya.

Kelantan ketika ini menduduki tangga tercorot Liga Super selepas tewas 14 kali, seri sekali, dan cuma satu kemenangan selepas 16 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Bukan sebab persembahan atau kurang bermutu’, Kogi dedah sebab utama tinggalkan Chungbuk Cheongju FC – Sukan

Next Post

Acuan JDT dan Sri Pahang, bekas import Perak lahirkan 2 penyerang DNA Nigeria – Sukan

Related Posts