‘Ex coach’ Johor, Kelantan antara 3 jurulatih idaman ganti LTK di Perak – Sukan


PENYOKONG bola sepak masih belum boleh ‘move on’ dengan kontroversi luar padang yang dilakukan oleh pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim selepas perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) baru-baru ini.

Teong Kim seorang jurulatih yang memiliki pengalaman luas di Eropah, namun bersikap acuh tak acuh ketika menjawab dua soalan mudah yang dilontarkan penolong penerbit stesen televisyen swasta kepadanya sejurus perlawanan tamat.

Malah pengendali berusia 59 itu turut terlibat dalam insiden layangan kad kuning oleh pengadil perlawanan selepas berlaku pertengkaran dengan pemain-pemain JDT.

Sebelum ini Teong Kim pernah terlibat pergaduhan mulut dengan penyokong Perak selepas perlawanan menentang Sri Pahang.

Dengan kontroversi yang berlaku di luar padang serta prestasi yang tidak konsisten dalam padang, rata-rata penyokong Perak mahukan pihak pengurusan melakukan sesuatu.

Malah ada juga penyokong Perak yang ingin melihatkan bekas jurulatih yang pernah melatih skuad Seladang kembali menggantikan Teong Kim.

Majoriti senaraikan tiga bekas jurulatih yang pernah bawa Perak FC memenangi piala dalam Liga Malaysia (Liga M).

Durakovic membawa Perak ke pusingan akhir dan memenangi Piala Malaysia 2018 menentang Terengganu.

1. Mehmet Durakovic

Penyokong TBG mula memberikan cadangan agar bekas ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic kembali ke Perak dan menggantikan penolong jurulatih kelab Bayern Munich bawah 19 tahun itu.

Durakovic mengambil alih kerusi ketua jurulatih Perak FC pada Februari 2017 selepas kelab itu menamatkan kontrak bekas ketua jurulatih mereka, mendiang Karl-Heinz Weigang.

Pada Oktober 2018, Durakovic membawa Perak ke pusingan akhir dan memenangi Piala Malaysia ke-92 menentang Terengganu.

Kini, pengendali berusia 57 tahun itu difahamkan masih tidak melatih sebarang kelab selepas Durakovic bersetuju untuk menamatkan kontrak bersama skuad Seladang pada musim 2021.

Yusri kini membimbing pasukan Perak FC II. — Facebook/Perak FC

2. Yusri Che Lah

Perak FC II yang kini di bawah kendalian Yusri Che Lah nampaknya meraih tumpuan penyokong kerana kecermerlangan mereka sepanjang siri perlawanan persahabatan dan dalam kejohanan Piala MFL.

Pasukan muda Perak itu menduduki tangga ketiga dalam kumpulan B Piala MFL tanpa sebarang kekalahan yang dicatatkan.

Sebelum ini, Yusri dan para pemain di kecam hebat kerana meletakkan skuad Seladang di kedudukan tercorot bagi saingan Liga Perdana 2022.

Malah, ada juga penyokong yang mendesak pengendali berusia 46 tahun itu untuk mengundurkan diri dari melatih Perak dan mencadangkan agar Yusri hanya menjadi penolong jurulatih.

Namun kini penyokong Perak mula menagih khidmatnya kembali untuk mengemudi skuad utama Perak bagi memperbaiki prestasi pasukan.

Darby ketika membimbing Perak FC. — Facebook

3. Steve Darby

Siapa tidak kenal dengan pengendali kelahiran England, Steve Darby yang mempunyai pengalaman luas di negara ini dan sudah merasai pelbagai kejuaraan dalam Liga Malaysia.

Darby pernah melatih pasukan Perak FC pada 2005 hingga 2008 dan berjaya membawa skuad Seladang itu memenangi Piala Sumbangsih 2005.

Malah pengendali berusia 68 tahun itu turut membawa Perak ke pusingan suku akhir Piala AFC pada 2016.

Jika pihak pengurusan mahukan jurulatih berpengalaman, Darby antara individu yang mahir dengan selok belok bola sepak tempatan mahupun antarabangsa.

Dalam Liga Malaysia, Darby pernah membimbing pasukan Johor, Perak dan Kelantan FC.

Manakala di rantau Asia, Darby pernah berkenala ke India, Singapura untuk membimbing beberapa pasukan di negara tersebut.

Darby juga pernah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Bahrain, Thailand, dan Laos. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

FIFA beku kewangan ke Indonesia tapi sokong penuh transformasi PSSI – Sukan

Next Post

Negara tetap hantar wakil ke Olimpik Paris walaupun ada yang boikot — Hannah – Sukan

Related Posts