Evra tuju lagu khas buat ‘haters’ Man United – Sukan


BEKAS kapten Manchester United, Patrice Evra nampaknya begitu gembira dengan kejayaan Manchester United mengatasi Manchester City 2-1 dalam pertemuan derbi di Old Trafford pada Sabtu.

Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyaksikan Man United memperoleh kemenangan dramatik pada saat-saat akhir perlawanan selepas Bruno Fernandes dan Marcus Rashford meledak dua gol pada minit ke-78 dan ke-82.

Evra menerusi satu rakaman video di Facebook rasminya, menyanyikan lagu bertajuk Don’t Look Back in Anger nyanyian Oasis dengan lirik asal diubah.

“EVRASIS New Remix. Don’t look back in anger. You ain’t ever gonna shut my mouth. Soo (Manchester) City can wait.

“They know its too late are we’re back on fire. They’re soul slide away. But don’t look back in anger. I heard you say,” tulis remix daripada Evra itu.

Nyanyian itu dipercayai ditujukan kepada ‘haters’ Man United dan mendapat lebih 2.1 juta tontonan pada Ahad.

Kemenangan Man United ke atas Man City mengukuhkan lagi kedudukan pasukan dan sekali gus meletakkan The Red Devils hanya satu mata di belakang juara bertahan itu, yang kini menghuni tangga kedua EPL sementara Arsenal gak di persada liga dengan 44 mata.

Dalam aksi derbi itu, gol pertama daripada Fernandes hampir dipertikaikan selepas pemain itu mengutip bola Rashford yang terdahulu berada dalam kedudukan ofsaid.

Namun VAR membenarkan gol berkenaan kerana Rashford tidak menyentuh bola tersebut yang mengakibatkan pasukan lawan berang dengan keputusan berkenaan.

VAR menyatakan ia tidak mengganggu perlawanan, namun Man City berkeras bahawa penyerang England itu jelas mengacau pertahanan dan penjaga gol Ederson. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Saya tak tahu kami ofsaid ke tak’, Bruno Fernandes pertahankan Rashford – Sukan

Next Post

Jolokan ‘The Engineer’ Al-Rawabdeh bukan biasa-biasa – Sukan

Related Posts