Everton tak puas hati, EPL tolak 10 mata – Sukan


EVERTON FC ditolak 10 mata akibat melanggar peraturan keuntungan dan kemampanan (PSR) Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2021-22.

Suruhanjaya bebas mengenakan potongan serta-merta yang akan menyaksikan Everton jatuh dari tangga ke-14 kepada kedudukan zon penyingkiran, bersama-sama Burnley FC yang hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 12 perlawanan.

EPL berkata, mereka telah mengeluarkan notis terhadap kelab Merseyside itu dan merujuk kes tersebut kepada suruhanjaya bebas awal tahun ini.

“Semasa prosiding, Everton mengakui melanggar PSR bagi tempoh berakhir musim 2021/22 tetapi tahap pelanggaran itu masih boleh dipertikaikan.

“Suruhanjaya memutuskan bahawa Pengiraan PSR Everton untuk tempoh berkaitan mengakibatkan kerugian RM725 juta (£124.5 juta pound) seperti yang dipertikaikan oleh Liga Perdana, iaitu melebihi ambang £105 juta pound (RM610 juta) yang dibenarkan di bawah PSR.”

“Everton mengekalkan bahawa ia terbuka dan telus dengan maklumat yang diberikannya kepada Liga Perdana dan sentiasa menghormati integriti proses itu,

“Kekerasan sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya bukanlah suatu gambaran yang adil dan tidak munasabah terhadap bukti yang dikemukakan,” katanya.

Keputusan itu dilihat kurang disenangi peminat Everton, namun belum ada bantahan mahupun rayuan rasmi dilaporkan telah dikemukakan pihak kelab. — Reuters

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia berpotensi jadi jaguh, jurulatih sepak takraw mahu pembangunan acara kuadran semakin rancak – Sukan

Next Post

Kenali Tom Kesley, DO yang kini bermain Football Manager sebagai kerjaya sepenuh masa – Sukan

Related Posts