Eriksen kini stabil di hospital selepas insiden rebah ketika perlawanan

PEMAIN Denmark, Christian Eriksen kini berada dalam keadaan stabil di hospital susulan insiden beliau tiba-tiba rebah di padang semasa perlawanan Euro 2020.

Pemain berusia 29 tahun itu tiba-tiba rebah di padang pada penghujung separuh babak masa pertama, dalam perlawanan menentang Finland di Stadium Parken di Copenhagen.

Dalam kejadian itu, Erikson yang juga pemain tengah Inter Milan diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh pasukan paramedik.

Ketika itu, beliau menerima rawatan perubatan selama 13 minit.

Perlawanan itu segera ditangguhkan, bagaimanapun UEFA kemudian mengumumkan ia akan disambung berikutan permintaan para permain kedua-dua pasukan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kesatuan Bola Sepak Denmark telah mengesahkan pemain bintang mereka ‘dalam keadaan sedar’ dan menunggu pemeriksaan lanjut di hospital.

Bercakap lepada sebuah stesen radio Denmark, ejen pemain itu, Martin Schoots berkata, Eriksen boleh bernafas dengan baik dan bercakap.

Difahamkan, Eriksen berhubung dengan rakan sepasukannya dari hospital bagi memaklumkan perkembangannya. – Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rush To The Battlefield di Free Fire Malaysia Championship 2021 tawar hadiah utama bernilai RM200,000

Next Post

Rumah dipecah masuk, Mayweather tawar ganjaran lumayan buat pemberi maklumat

Related Posts