Empat sebab Luqman Hakim sukar dapatkan minit permainan di Eropah – Sukan


PERPINDAHAN pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang menyertai kelab divisyen dua Iceland, Njarðvík FC membuka lembaran baharu dalam kariernya.

Meskipun dia difahamkan menarik minat beberapa kelab Liga Malaysia, pemain berusia 20 tahun itu memilih untuk kekal di bumi Eropah.

Persoalannya, adakah penyerang kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu tidak menepati ciri-ciri yang diperlukan barisan kejurulatihan bagi mendapatkan minit permainan dengan lebih kerap?

Berdasarkan perkongsian beberapa pihak di media sosial, kemampuan Luqman tidaklah terlalu mengecewakan berdasarkan sesi latihan kelab terdahulunya, KV Kortijk.

Selain itu, penyerang itu juga dilihat jarang mensia-siakan peluang setiap kali diturunkan apabila dia berjaya menjaringkan beberapa gol buat skuad remaja kelab Belgium itu.

Luqman sukar mendapatkan minit permainan ketika bersama KV Kortijk. — Agensi

Lebih menarik lagi, kekangan untuk mendapatkan minit permainan dengan lebih kerap bukan sahaja dihadapi Luqman, malah beberapa pemain kelahiran Asia Tenggara turut berdepan nasib sama.

Ini termasuk pemain muda Indonesia, Egy Maulana Vikri yang pernah bermain buat kelab Slovakia, FC ViOn Zlate dan perancang tengah kelahiran Vietnam, Nguyen Quang Hai bersama pasukan divisyen kedua Perancis, Pau FC.

Bagi menjawab perkara itu, seorang penyokong bola sepak tempatan menerusi akaun Facebook Malaysian Football League menyenaraikan beberapa sebab di sebalik isu berkenaan.

Walaupun pandangan itu bukanlah diberikan oleh pakar ataupun bekas pemain, kesemua empat perkara yang dijelaskan terbabit memberi gambaran mengenai isu yang dihadapi Luqman.

1. Tempo lebih laju dan berbeza

Tidak boleh dinafikan bahawa penonton setia bola sepak tempatan kerap mempersoalkan kualiti dan gaya permainan Liga Malaysia yang dirasakan terlalu perlahan.

Hal itu difahamkan berpunca daripada kemampuan dan struktur fizikal pemain tempatan yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan tempo permainan lebih rancak.

Pandangan itu turut dikongsikan pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi yang menyatakan bahawa Liga Thailand adalah lebih kompetetif dari segi kelajuan.

Liridon berpendapat tempo permainan Liga Malaysia masih perlahan. — Facebook/Khon Kaen United

Oleh itu, dengan Luqman dan beberapa pemain Asia sukar untuk menyerap kepantasan yang ditunjukkan pemain Eropah, ia boleh dijadikan antara sebab di sebalik kesukaran mereka dalam mendapatkan minit permainan.

Bagaimanapun, bagi penyokong itu, seseorang pemain boleh menyelesaikan isu tersebut dengan menyertai Liga Jepun atau Korea Selatan yang juga terkenal dengan tempo permainan lebih laju.

Di samping itu, dalam usaha mengekalkan tahap kecergasan di atas padang, mereka juga terpaksa turun dengan lebih kerap selain mengadakan sesi latihan secara perseorangan.

2. Kuota pemain import

Seperti liga tempatan, sesebuah persatuan bola sepak pastinya sudah mengehadkan jumlah pemain import yang boleh diturunkan dalam satu-satu perlawanan.

Hal tersebut pastinya berpunca daripada keyakinan barisan kejurulatihan untuk menggunakan khidmat pemain tempatan dengan kualiti yang mereka miliki.

Sebagai contoh, berdasarkan pemain yang dimiliki KV Kortijk musim lalu, mereka memiliki skuad yang dibarisi pemain daripada pelbagai latar belakang.

Ia serba sedikit menjejaskan peluang Luqman untuk diturunkan dengan lebih kerap, lebih-lebih lagi dengan usianya yang baru sahaja mencecah 20-an.

Melihat kepada perkara itu, masih terdapat peluang untuk penyerang muda skuad Harimau Malaya tersebut bagi diturunkan dengan lebih kerap pada masa akan datang.

Persoalannya, adakah Luqman akan terus menunggu untuk mendapatkan kepercayaan daripada barisan kejurulatihan atau dia akan memilih untuk pulang ke tanah air?

3. Pemain Asia Tenggara hanya tarikan media sosial

Berdasarkan statistik, terdapat peningkatan ketara dalam pengikut media sosial apabila Luqman Hakim mengumumkan ketibaannya di Belgium pada 2020.

Lebih menarik lagi, terdapat juga beberapa akaun Facebook dan Twitter yang dibangunkan khas penyokong bola sepak tempatan untuk mengetahui perkembangan lanjut Luqman.

Tetapi, ia dilihat sebagai salah satu kaedah daripada pihak pengurusan KV Kortijk yang bercita-cita untuk mengembangkan jenama mereka.

Safawi juga pernah menyertai kelab Portugal secara pinjaman.

Perkara itu turut berlaku ketika seorang lagi pemain tempatan, Safawi Rasid yang berpindah secara pinjaman ke kelab Portugal, Portimonense SC dari Johor Darul Takzim (JDT).

Hal itu pastinya kerana pihak pengurusan kelab-kelab di Eropah mengambil tahu mengenai statistik pengguna media sosial di benua Asia.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila mereka hanya menggunakan pemain import demi kebaikan tarikan pengikut sehingga peluang mereka di atas padang terbatas.

4. Jurang dalam ranking FIFA

Ketika ini, skuad Harimau Malaya berada di kedudukan ke-145 FIFA dan dijangka akan terus meningkat selepas mencatatkan satu tempoh yang cemerlang.

Bagaimanapun, ia dilihat masih jauh sekiranya dibandingkan dengan negara di beberapa benua lain, seperti Eropah dan Amerika Selatan.

Jadi, ia dilihat serba sedikit memberi kesan terhadap pandangan kelab-kelab luar mengenai kemampuan pemain yang dibawa masuk dari Asia, terutamanya di Asia Tenggara.

Ia turut diburukkan lagi dengan pandangan mereka mengenai struktur fizikal dan kemampuan yang tidak berada di tahap terbaik sehingga menyukarkan mereka untuk diturunkan.

Jika dibandingkan dengan pemain dari Asia Barat seperti Jepun dan Korea Selatan, mereka sepertinya diberikan lebih minit permainan.

Perkara itu secara tidak langsung menjejaskan perkembangan dalam karier mereka, termasuk Luqman Hakim yang lebih kerap memanaskan bangku simpanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bawa masuk 5 tonggak baharu, skuad Penyu optimis mampu jadi 4 terbaik MPFL – Sukan

Next Post

Harimau Muda tak beraksi Sukan Asia 2022, fokus buru slot Olimpik Paris 2024 – Sukan

Related Posts