Empat pemain utama JDT gagal bantu pasukan adik rangkul trofi Piala MFL – Sukan


TERENGGANU FC II (TFC) dinobatkan sebagai juara sulung Piala MFL selepas menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) dengan keputusan 1-0 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.

Beraksi selama 120 minit, JDT II yang diperkuatkan dengan empat pemain ‘senior’ gagal mengegarkan gawang anak-anak buah Hairuddin Omar yang rata-ratanya menurunkan kesemua pemain muda.

Dalam perlawanan itu, kedua-kedua pasukan menunjukkan kualiti berbeza apabila hanya merekodkan satu jaringan sepanjang 90 minit perlawanan.

Babak pertama perlawanan, Sang Penyu lebih banyak menguasai perlawanan selepas beberapa percubaan dilancarkan oleh barisan serangan TFC yang diketuai Jordan Mintah.

Bersambung babak separuh masa kedua, skuad bimbingan Mariano Echeverria cuba membolosi gawang gol TFC II dengan mengawal tempo permainan serta asakan bertubi-tubi ke arah kubu pertahanan Sang Penyu.

Arribas (JDT) gagal membantu JDT II menjuarai kejuaraan sulung Piala MFL. — MFL

Namun kesemua percubaan gagal membolosi gawang gol TFC yang dijaga kemas oleh Nazul Izamil.

Pada minit ke-82, TFC membuat pertukaran dengan memasukkan Muhd Isa Rahmat bagi menambah pemain di bahagian serangan selepas JDT menguasai permainan.

Ternyata pertukaran yang dilakukan oleh ketua jurulatih TFC II itu berjaya selepas Isa Rahmat menjadi duri dalam daging buat JDT II selepas memanfaatkan kesilapan pertahan Harimau Selatan, Asyar Hadi pada penghujung permainan.

Dengan jaringan Isa Rahmat itu sekali gus, memberikan kejuaraan sulung buat TFC II dalam perlawanan akhir Piala MFL edisi pertama musim ini.

Keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan, Fusser Mad Sallih sekali gus TFC II dinobatkan juara sulung Piala MFL.

Tamat perlawanan kelihatan pemain-pemain muda JDT II tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa terutamanya Asyar yang melakukan kesilapan yang mana memberikan jaringan buat skuad kendalian Hariuddin Omar.

Dalam media sosial, penyokong JDT mula menunding jari kepada beberapa pemain apabila dikatakan punca kekalahan di tangan TFC II pada perlawanan akhir itu.

“Kekalahan JDT II disebabkan penjaga gol, dengan Ramadhan tak fokus punca Harimau Selatan tersungkur malam ini (Sabtu),” kata Kamal Kamal.

“Ramadhan itu kalau bukan orang Johor rasanya dalam lama kena ‘drop’ graf mendatar umur dah masuk 23 tahun,” jelas Syafiq Razak.

“Main macam apa entah, tengah tak ‘control ball’ langsung, dahlah pakai ‘player’ skuad utama,” ujar Awangku Marzuki.

Dengan kemenangan dalam perlawanan akhir itu, ini menjadikan JDT II gagal merekodkan sebarang kemenangan ke atas anak-anak buah Hairuddin Omar musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Piala MFL: Bukan lagi rahsia, Endrick & Arribas bakal gegarkan gawang TFC II – Sukan

Next Post

[VIDEO] Akibat rusuhan, 15 penyokong, 17 polis cedera dalam aksi Liga Jerman – Sukan

Related Posts