Empat nama dipetik, pasukan mana bakal iringi JDT ke pentas Asia? – Sukan


PASUKAN-PASUKAN yang berada di tangga kedua hingga keempat iaitu Sabah FC, Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Terengganu FC (TFC) tidak boleh berasa cukup selesa lagi apabila Kuala Lumpur City FC (KL City) kini semakin menunjukkan kemampuan mereka.

Malah, keempat-empat pasukan berkenaan juga bakal merebut slot ke Piala AFC 2023 dengan berbekalkan baki antara empat ke enam perlawanan.

Perkara itu nyata mengundang debaran peminat di sebalik kejuaraan Liga Super 2022 yang semakin hampir dimiliki Johor Darul Takzim (JDT) buat kali kesembilan berturut-turut.

Dengan kekuatan JDT sekali sukar digugat pada musim ini, pemerhati sukan, T. Avineshwaran, akui persaingan di tempat kedua menjadi perspektif paling menarik.

Namun, dalam masa sama dia juga mengharapkan pada musim mendatang, pasukan lain mampu mengurangkan jurang perbezaan mata dengan JDT untuk berikan saingan yang lebih kompetitif.

KL City mencipta kejutan mara ke final Antara Zon Piala AFC 2022 (AFC Cup) selepas menewaskan kelab India, ATK Mohun Bagan 3-1 di Kolkata. — Facebook KL City

“Sekali lagi JDT, muncul juara liga pada musim ini tetapi masih ada naratif menarik bagi Liga Super terutama membabitkan perebutan tempat kedua dan ketiga.

“Ketika ramai lihat Sabah, Negeri Sembilan dan Terengganu, saya tertarik dengan kemampuan KL City yang boleh memintas beberapa pasukan ini jika kekal konsisten sehingga beberapa perlawanan terakhir.

“Perkara ini masih menjadikan saingan Liga Super ada naratif yang menarik untuk dilihat cuma dari satu segi, saya harap untuk musim akan datang, pasukan-pasukan lain kena perlu lebih meningkat.

“Mereka perlu lihat jurang dengan JDT dan harap perbezaan mata itu boleh dikecilkan malah saya rasa JDT juga mahukan lebih banyak lagi lawan yang mampu berikan cabaran lebih sengit,” katanya.

Sementara itu, penganalisis Liga Malaysia yang juga bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam meramalkan drama pemenang perebutan tempat kedua serta ketiga hanya akan diketahui pada hari terakhir perlawanan Liga Super.

TFC tewas 1-3 di tangan JDT pada final Piala FA 2022. — Facebook TFC

“Mungkin untuk aspek juara, kita lihat JDT berada dalam keadaan selesa untuk juara sekali lagi tetapi bagi saingan di tempat kedua membabitkan beberapa pasukan ketika ini, saya rasa sangat menarik untuk disaksikan dan hanya boleh ditentukan pada perlawanan terakhir.

“Saya pernah ada pengalaman sebegini pada 2014 semasa dengan Selangor, semuanya sukar diramal dan sesiapa sahaja boleh keciciran mata walaupun bermain di tempat sendiri.

“Tambahan tempat ketiga dijangka akan diberikan slot Piala AFC (berikutan JDT juara Piala FA), saya rasa ini boleh buatkan situasi lagi menarik.

“Jika melihat prestasi semasa, saya meramalkan Negeri Sembilan akan kekal dalam kelompok tiga terbaik di samping dibantu kehadiran Gustavo Almeida yang banyak membantu jentera serangan.

“Sabah pula jika mereka masih belum dapat selesaikan masalah mereka di bahagian hadapan, saya rasa mereka sukar untuk kekal konsisten bagi berada kedudukan sekarang.

“Bagi Terengganu, mereka ada sebuah skuad yang banyak pilihan pemain dan jika jurulatih (Nafuzi Zain) boleh kekalkan prestasi sama sehingga hari terakhir perlawanan, mereka juga boleh berada dalam kelompok tiga terbaik,” katanya.

Buat masa ini, Sabah berada di tangga kedua dengan 36 mata, hanya dibezakan satu mata dengan Negeri Sembilan yang berada di tangga ketiga manakala Terengganu masih berpeluang biarpun ketinggalan lima mata belakang kerana masih ada kelebihan satu perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Emas pertama Sukma 2022 milik pelumba wanita Johor – Sukan

Next Post

Perak FC platform terbaik Lim Teong Kim pamer belang sebenar – Sukan

Related Posts