Emma Raducanu wajah baharu Tiffany & Co

JUARA perseorangan wanita kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu kini dilantik sebagai duta terbaru jenama barang kemas mewah, Tiffany & Co.

Kurang dari dua minggu setelah kemenangan bersejarahnya melawan Leylah Fernandez dari Kanada pada 11 September, pemain asal Britain itu kini sebaris barisan selebriti elit Hollywood apabila diangkat sebagai wajah baru jenama itu.

Duta jenama lain di Tiffany & Co termasuk Tracee Ellis Ross, Anya Taylor-Joy dan terbaru, Beyonce serta Jay-Z.

Pelantikan itu diumumkan pada majlis makan malam Fesyen dan Filem British Vogue dan Tiffany, yang berlangsung di Londoner Hotel di Leicester Square pada hari Isnin, 20 September.

Raducanu memberitahu Vogue dia sangat teruja dengan kepercayaan yang diberikan oleh Tiffany & Co.

“Ia adalah jenama ikonik dan jenama yang telah lama saya idamkan.

“Saya memakai cincin, gelang, anting-anting dan kalungnya sepanjang kejohanan Terbuka AS dan semua aksesori tersebut amat istimewa bagi saya,” katanya.

Pemain berusia 18 tahun itu memakai sepasang anting-anting berlian dan mutiara bernilai £4,500 (RM 25,766) dan menjadi wanita Britain pertama dalam 44 tahun yang meraih gelaran grand slam bagi acara perseorangan.

Dia juga memakai cincin emas putih Tiffany, loket silang, dan gelang berlian.

Dalam hantaran di akaun laman sosial Instagramnya, juara tenis itu mengatakan bahawa menjadi sebahagian daripada jenama itu adalah satu penghormatan.

Minggu lalu, Raducanu menghadiri acara Met Gala pertamanya dengan memakai anting-anting berlian Tiffany dan pakaian dari Chanel bercorak monokrom.

Berikutan kemenangannya menentang Fernandez, Raducanu kini menduduki ranking ke-23 daripada kedudukan asal ke-150 dalam senarai Persatuan Tenis Wanita. — Agensi

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jika saya Liverpool, saya akan beli Sterling esok – Ferdinand

Next Post

Ronaldo buat keputusan tepat pilih kembali ke Manchester United – Rivaldo

Related Posts