Elak tewas lagi, Sang Badak siapa sedia bangkit halang cubaan berbahaya anak buah Bojan Hodak – Sukan


PASUKAN di tangga ketiga Liga Super, Sabah FC mahu mempamerkan kebangkitan selepas tewas kepada Johor Darul Takzim (JDT) Jumaat lalu dengan aksi menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada Rabu.

Skuad Sang Badak jelas gagal menyaingi pasukan tuan rumah ketika tewas 0-4 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor apabila mereka turun dengan persembahan kurang memberangsangkan.

Kekalahan itu turut menamatkan rekod tanpa kalah mereka sepanjang lima perlawanan pertama untuk kini menduduki tangga ketiga Liga Super dengan 13 mata.

Bagi ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, pemainnya juga sudah cukup bersemangat untuk kembali bangkit dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

“Banyak yang kami pelajari, di mana sebelum kami menentang JDT, kami bermain dengan agak baik tetapi berubah selepas tewas kepada JDT.

“Daripada perlawanan itu juga, ia sudah pasti akan memberikan kami amaran agar tidak mengulangi kesilapan ataupun kekalahan dalam perlawanan yang akan kami lalui, terutama di tempat lawan,” katanya.

Tambah Kim Swee lagi, pemain skuad Sang Badak perlu memberi tumpuan sepanjang 90 minit permainan sekiranya mahu memastikan perkara positif berjaya dibawa pulang.

“Kami perlu kekal fokus. Apa yang penting, kami tidak boleh mengambil mudah dan tidak boleh hilang fokus sepanjang perlawanan.

“Apabila berdepan pasukan yang tidak pernah menang, sudah tentu mereka akan berusaha bersungguh-sungguh.

“Kami perlu memikirkan cara untuk pasukan Kuala Lumpur tidak dapat melakukan banyak percubaan berbahaya,” katanya.

Sabah FC ketika ini berada di tangga ketiga Liga Super dengan 13 mata menyaksikan mereka terikat dengan dua pasukan lain, iaitu Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Fakta. JDT kukuhkan nilai komersial bola sepak negara — TMJ – Sukan

Next Post

Rezal Zambery dilantik pengendali sementara, TRW buat kejutan sebelum sepak mula bertemu Sang Penyu – Sukan

Related Posts