Elak amukan Tok Gajah, OKS perlu ambil 3 langkah berani – Sukan


PUSINGAN pertama Liga Super menyaksikan Sabah FC sekadar berkongsi mata ketika menentang Sri Pahang FC pada 12 Mac 2023.

Pada perlawanan yang diadakan di Stadium Darul Makmur, Pahang itu, skuad The Rhinos membuka tirai jaringan melalui tandukan pemain pertahanannya, Daniel Ting pada minit ke-13.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-25 menerusi jaringan penyerang utamanya, Kpah Sherman.

Menjelang perlawanan pusingan kedua liga pada 15 Julai depan, Sabah FC pula bakal menerima kunjungan daripada skuad Tok Gajah.

Bagaimanapun, bagi mengelakkan Sri Pahang FC meraih tiga mata penuh di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, pengendali Sang Badak, Datuk Ong Kim Swee disarankan untuk mengambil tiga langkah berani dalam aksi tersebut.

Berikut Majoriti senaraikan tiga kaedah yang boleh dilaksanakan oleh Kim Swee bagi memastikan pasukan kendaliannya terus melakar kemenangan kerana mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri:

1. Ong Kim Swee perlu menukar taktikal

Peminat beranggapan taktikal dan percaturan Kim Swee mudah dibaca. — Bernama

Tidak dapat dinafikan, ramai penyokong berpandangan, taktikal serta percaturan Kim Swee dikatakan mudah dibaca dan kurang kreatif dari segi pertukaran pemain di bahagian serangan.

Peminat The Rhinos menganggap taktikal Sabah terlampau mudah difahami dan jurulatih dikatakan sering ketandusan idea dalam merancang serangan ke kubu lawan dalam kebanyakan perlawanan.

“Sudah tahu Sabah ni ada penyakit, kenapa lagi masih dibiar? Jurulatih kena tegas, buang pemain-pemain yang berpenyakit ini.

“Cari pemain yang mempunyai mentalitinya sentiasa inginkan kemenangan. Satu perkara lagi taktikal tu sesekali (perlu) tukarlah. Asyik 3-4-3 saja, mudah kena baca, mudah bocor,” kata Che Ang.

“Fleksibel lawan pasukan kuat dengan formasi 4-2-3-1, dan formasi 4-3-3 adalah lawan dengan formasi 4-4-2/4-2-4 atau 3-5-2,” tulis Joe Levi’s Strauss.

“Datuk Ong Kim Swee, cuba tukar formasi 3-4-3 itu supaya penyakit pemain juga akan berubah. Belum cuba mana kita tahu, janganlah asyik guna benda yang sama setiap game,” ujar Lawrence.

2. Merehatkan pemain

Kim Swee perlu merehatkan pemain sedia ada yang dilihat semakin hilang fokus di atas padang. — Bernama

Bekas pemain dan jurulatih kebangsaan itu digalakkan untuk merehatkan pemain sedia ada yang dilihat semakin hilang fokus ataupun terlalu selesa.

Sekiranya pemain mudah hilang fokus, mereka tidak boleh mengekalkan rentak permainan yang baik di atas padang.

Kelalaian barisan pemain merupakan antara aspek yang perlu diambil kira sebagai penambahbaikan terutamanya menjelang pertembungan dengan skuad Tok Gajah.

“Pasukan Sabah bukannya tidak bagus tetapi penyakit mudah puas hati atau pandang rendah kepada pihak lawan menyebabkan Sabah sentiasa jaring (gol) dulu, kalah kemudian,” tulis Jack Usj.

“Dominick juga terlalu selesa next game bagi Rawilson main,” ujarnya.

“Bagi rehatkan dulu mana pemain yang hilang fokus dan tumpuan. Bagi peluang yang lain mungkin itu cara yang terbaik,” tambah Tulang Tulang.

3. Perbaiki pertahanan

Rizal Ghazali bersama Daniel Ting dan Rawilson Batuil antara pemain yang dikatakan mampu mengelak gawang Sabah daripada dibolosi. — Facebook/SabahFC

Dalam lima perlawanan pusingan kedua, Sabah FC dibolosi sebanyak tujuh kali berikutan masalah pertahanan The Rhinos.

Ini kerana, bahagian pertahanan Sabah FC dilihat masih mempunyai kelemahan ekoran gandingan pemain yang berbeza dalam setiap aksi.

Jika minggu lalu, pertahanan Sabah FC mendapat kritikan ketika pertembungan antara The Rhinos dengan Kuching City, iaitu gandingan trio Gabriel Peres, Dominic Tan dan Gary Steven.

Untuk perlawanan akan datang, penyokong berpendapat gandingan pertahanan antara Daniel Ting, Rawilson Batuil dan Rizal Ghazali dipercayai mampu mengelak gawang Sabah daripada dibolosi pihak lawan.

“Pemain perlu dibentuk, dilatih, diingatkan supaya tidak lali. Tetapi tenaga pun macam cukup untuk separuh masa pertama sahaja.

“Dari dulu pemain Sabah begitu takkan masih tidak perasan? Pantang dapat jaring dulu mulalah main macam budak tadika. Peminat bukannya kata mesti menang dalam setiap perlawanan tetapi biarlah bermain secara fokus sehingga ke wisel penamat,” kata Jamirin Sambag. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Musim indah bersama Man United, bintang Brazil akhirnya dedah kenapa sanggup tinggalkan Real Madrid – Sukan

Next Post

Ahmad Shahrul Azhar bukan yang pertama, 4 lagi kes luar padang pernah calar imej bintang bola sepak negara – Sukan

Related Posts