Duo Sabah FC yakin mampu jinakkan JDT, langkah ke final Piala Malaysia – Sukan


PELUANG Sabah FC untuk menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 masih lagi terbuka jika pemain-pemain percaya akan kemampuan sendiri serta boleh menterjemahkan percaturan taktikal yang direncana ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

Menurut pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani, berdasarkan kelebihan tipis satu jaringan yang dimiliki lawan, Johor Darul Takzim (JDT), segalanya masih berkemungkinan buat The Rhinos mengintai tempat di perlawanan akhir.

Walaupun begitu, dia mengakui mereka perlu belajar daripada sebarang kesilapan pada separuh akhir pertama serta mampu memanfaatkan sebarang peluang yang hadir semasa aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 20 November nanti.

“Memang kami agak sedikit kecewa dengan kedudukan jaringan 1-0 ini tetapi perlawanan pertama sememangnya agak tegang dan sengit.

“Namun seluruh pemain telah berikan apa yang diminta ketua jurulatih untuk bekerja keras di atas padang dan motivasi yang diberikannya sentiasa menjadi pembakar semangat kepada kami.

Damien berharap pasukannya mampu berjuang habis-habisan pada Ahad nanti. — Facebook/ Sabah FC

“Harapan saya agar Sabah mampu beraksi lebih baik pada perlawanan akan datang serta mengambil sesuatu daripada perlawanan ini.

“Saya masih percaya dengan diri sendiri dan rakan-rakan di perlawanan kedua jika kami boleh meneruskan rentak yang sama nanti di Johor,” katanya seperti dilaporkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Pada aksi di Stadium Likas, Selasa lalu, jaringan daripada Arif Aiman Hanapi pada minit 34 memisahkan kedua-dua pasukan walaupun Sabah mendapat kelebihan seorang pemain pada minit 72 apabila pertahanan JDT, Feroz Baharudin diarah keluar padang selepas mengutip dua kad kuning.

Walaupun difahamkan tidak berada di tahap kecergasan 100 peratus, Saddil tetap menjadi taruhan utama Kim Swee apabila bermula dalam kesebelasan utama serta diletakkan selaku penyerang tengah.

Pemain import dari Indonesia itu berjaya menghadirkan banyak tekanan kepada barisan pertahanan JDT namun beberapa peluang terutama menerusi sepakan percuma gagal menemui sentuhan penyudah.

Sementara itu, penjaga gol Sabah, Damien Lim, yang berjaya peraga persembahan cemerlang bagi menafikan kemenangan lebih besar JDT, berharap mereka mampu berikan segalanya semasa aksi kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad ini.

“Harap di Stadium Sultan Ibrahim, kami mampu berjuang habis-habisan setelah berjaya peraga semangat yang luar biasa semasa bermain di tempat sendiri.

“Kami berjaya ikuti segala taktikal yang diterapkan jurulatih dan sememangnya kami berpuas hati kerana hadirkan tentangan kepada lawan sehebat JDT,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Demi barbeku, Lionel Messi dan skuad Argentina pilih kampus berbanding hotel mewah – Sukan

Next Post

Baru 17 tahun, ubi muda mula diintai sertai JDT musim depan? – Sukan

Related Posts