‘Dulu tak ada duit tapi main lebih bagus’, Sathianathan ulas kegagalan DNA Jerman – Sukan

ISU kekalahan pasukan Selangor FC masih lagi hangat diperkatakan dan rata-rata penyokong tidak berhenti daripada melemparkan kata-kata tohmahan pada skuad Gergasi Merah itu.

Tumpas di tangan Terengganu FC pada perlawanan separuh akhir Piala FA, dua lagi skuad muda B21 dan B19 juga turut menerima nasib sama apabila tewas dengan lawan masing-masing baru-baru ini.

‘DNA Jerman’ yang dikatakan ramuan terbaik buat pasukan pada musim ini nyata tidak membuahkan hasil apabila Michael Feichtenbeiner telah melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih pasukan itu beberapa hari lalu.

Berkhidmat selama setengah musim di Selangor FC, segelintir netizen beranggapan bahawa kualiti permainan pasukan itu tidak sehebat ketika di bawah naungan jurulatih B. Sathianathan suatu ketika dahulu.

Laman Facebook Pahang Is Dead 2.0 memuat naik hantaran berkata “Dulu Sathianathan jadi coach merasalah Selangor duduk nombor lima dalam liga, tukar je mat saleh dari Jerman terus duduk nombor lapan,” tulisnya.

Mengupas lebih lanjut berkenaan isu ini, Majoriti mendapatkan pandangan dan ulasan daripada bekas jurulatih Selangor dan pasukan kebangsaan itu.

Disoal mengenai mutu permainan dan perkembangan Selangor ketika ini, B. Sathianathan berpendapat ketika era kejurulatihan beliau, situasi sememangnya berbeza kerana masalah kewangan yang dihadapi telah membantutkan perkembangan pasukan.

B. Sathianathan pernah dilantik menjadi ketua jurulatih Selangor FC mulai 2018 hingga 2020. — Sinar Harian

“Zaman saya dahulu pengurusan tiada duit, beza dengan sekarang yang sepatutnya lebih membuahkan hasil dengan jurulatih dari luar negara.

“Masih ingat lagi suatu ketika dahulu, saya pernah minta untuk menggantikan pemain import Rufino Segovia kerana beliau mengalami kecederaan tapi pengurusan ketika itu tiada bajet, duit dibelanjakan lebih pada logistik walhal pengurusan pemain sepatutnya diutamakan,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan kedudukan Selangor kini yang berada di tangga ke-8 Liga Super, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana menurutnya, presiden kelab itu telah membelanjakan jutaan ringgit selepas kontrak beliau ditamatkan.

“Sepatutnya permainan Selangor lebih baik daripada pasukan Sabah, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur kerana berjuta wang telah dibelanjakan menyamai rekod TMJ,” katanya.

Mengakhiri temubual bersama Majoriti, kata Sathianathan, tidak perlu ambil coach luar untuk dapatkan DNA Jerman, kerana ia suatu pembaziran, selain tidak membuahkan hasil.

“Jangan terikut-ikut sangat rentak permainan luar negara kalau pengurusan tak diperbaiki.

“Saya berani kata prestasi pasukan ketika zaman saya lebih baik jika dibandingkan coach Michael Feichtenbeiner ataupun ‘DNA German’ yang terbukti tak berhasil,” katanya pada Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Masa depan Yusri Che Lah bersama The Bos Gaurus, ‘in’ atau ‘out’? – Sukan

Next Post

Tiada rahsia, KDA FC kongsi pelan semasa bersama kelab penyokong – Sukan

Related Posts