Dulu sekadar assist bintang EPL, kini Forestieri ‘naik pangkat’ di Liga Super – Sukan


KEHADIRAN Fernando Forestieri di saingan domestik pada musim 2022 menjadi antara topik terhangat ketika itu susulan pemain dari kelahiran Argentina itu dinobatkan sebagai pemain termahal Liga Malaysia (Liga M).

Ketika kemasukannya ke kem Johor Darul Takzim (JDT), pemain sayap itu dianggarkan bernilai RM4.6 juta dan harganya itu juga merampas gelaran yang pernah dipegang bekas tonggak Harimau Selatan, Gonzalo Cabrera.

Bukan hanya sekadar mahal pada tanda harga, Forestieri membuktikan kehandalannya dengan membantu JDT memenangi kejuaraan quadruple (empat trofi) pada musim lepas apabila menyapu bersih Piala Malaysia, Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih.

Musim ini, bekas penyerang Udinese dan Sheffield Wednesday itu tampil lebih garang apabila mendahului carta senarai penjaring Liga Super musim ini dengan mencetak 12 jaringan gol selepas 11 perlawanan.

Secara keseluruhan daripada jumlah jaringan tersebut, tonggak berusia 31 tahun itu sudah merekodkan 25 jaringan sepanjang menabur bakti selama dua musim di kelab berpangkalan di selatan tanah air itu.

Jika diimbau kembali perjalanan Forestieri sebelum menjadi bintang Liga M, pemain yang turut mempunyai kewarganegaraan Itali dan Argentina itu pernah berkhidmat di beberapa kelab Eropah seperti Itali dan England.

Walaupun mempunyai banyak pengalaman di beberapa kelab besar seperti Serie A, Udinese Calcio namun pasukan divisyen dua England, Watford kekal menjadi antara kenangan manis buat Forestieri.

Mana tidaknya, sebelum pemain sayap itu mendapat gelaran penjaring terbanyak Liga Super, Forestieri pernah menjadi watak penting Watford yang mana dia membuat hantaran penting kepada bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Troy Deeney.

Ketika perlawanan menentang Leicester City pada aksi separuh akhir playoff untuk mendapatkan tempat ke divisyen teratas bola sepak England, Forestieri menghantar bola kepada Deeney sehingga pasukan mereka membuat kejutan dengan membuat jaringan di masa kecederaan, sekali gus menumpaskan skuad pelawat 3-1.

Momen bersejarah pada 2013 itu disifatkan antara detik manis untuk Warford kerana pasukan tersebut dalam usaha untuk ke pentas akhir kejuaraan berkenaan bagi mendapatkan slot ke EPL.

Walaupun Watford gagal ke EPL kerana tewas 0-1 di tangan Crystal Palace namun sehingga kini detik pada 2013 tersebut kekal menjadi antara kenangan manis buat penyokong pasukan berkenaan.

Pada musim 2015, impian Deeney untuk melihat Watford untuk bertanding ke EPL tercapai selepas berjaya menempah slot automatik menewaskan Brighton & Hove Albion 2-0 pada aksi Liga Kejuaraan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Kita perlu hentikan’, Rezal Zambry tuntut anak buah perbaiki kelemahan – Sukan

Next Post

Manzoor, Soony mahu menongkah badai Pantai Timur – Sukan

Related Posts